Thursday, 24 July 2014

100 KANAK-KANAK YATIM TERIMA WANG RAYA DARPADA DATUK AFENDY HAMDAN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO  SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Seramai  100 anak-anak yatim  daripada tiga buah Pusat Pantai  Asuhan Rumah Anak-Anak Yatim daerah Sandakan telah diraihkan majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Hj Mohd Afendy Datuk Hj Hamdan yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna  Masjid Daerah Sandakan petang  kelmarin.

Program yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Ketua Penerangannya Datuk Hj Mohd Efendy Datuk Hj Hamdan telah dihadiri Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong, Ketua Bahagian USIA Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj KK Puyon, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Utung Hj Abdul Hamid dan para pemimpin masyarakat setempat.

Sebagai pengisian program tersebut ialah Tazkirah bertajuk Nikmatnya Berpuasa Di Bulan Ramadan Almubaraq  yang di sampaikan oleh pendakwah dari USIA Sandakan Haji Omar Awang Japar.

Sejurus selepas berbuka puasa Afendy telah menghulurkan sumbangan bantuan wang raya kepada anak-anak yatim tersebut untuk keperluan menyambut hari lebaran yang hanya  6 hari  lagi dari sekarang.

Terdahulu dalam ucapan Efendy antara lain menyeru kepada masyarakat Islam supaya memberikan zakat kepada golongan anak-anak yatim, orang-orang tua, balu-balu dan juga golongan miskin tegar supaya mereka dapat sama-sama menyambut hari lebaran  dengan penuh hati yang cukup gembira.
  
“Rakyat di negara ini disaat-saat kita hendak menyabut hari lebaran  saudara-saudara kita yang lain telah diselubungi dengan rasa kesedihan apabila mereka  telah kehilangan orang-orang  yang tersayang  kerana  terlibat dalam nahas tragedy pesawat MH17 yang terhempas di Ukrain baru-baru ini.” Katanya dengan rasa sedih dan simpati.

“Pada hari ini satu sejarah yang sukar dilupakan dimana barisan kabinet kerajaan Persekutuan dengan sepakat sehati sejiwa dengan barisan pihak pembangkang  bersatu menyokong sepenuhnya usul- usul YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Hj Mohd Najib Tun Abd Razak di sidang  mesyurat khas dewan parlimen yang dilangsungkan pagi kelmarin bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang” Ujar Efebdy lagi.

“Dalam sidang tergempar itu pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Najib bersama pihak pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati mengutuk sekeras-kerasnya kepada pihak yang menembak kapal terbang MH17 sehingga mengorbankan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa itu, ini merupakan perbuatan yang tidak punya peri kemanusian dan tidak bertemadun  dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah semoga roh-roh mereka ditempatkan orang-orang yang beriman"ujarnya








No comments:

Post a Comment