Thursday 10 July 2014

WARGA ASING DI SEMENANJUNG DAN SABAH BEGITU MUDAH MENDAPAT MYKAD......PAS


Written by Admin 


OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKILIE

PETALING JAYA:- Kegiatan pemberian mykad bukan saja berlaku di Sabah secara berleluasa yang membabitkan warga Indonesia, Filipina dan juga Paskitan yang semakin meruncingkan kerana mereka secara mendadak menjadi Wargaranegara Malaysia  tanpa mengikut prosedur dan proses yang tertentu.

Selain itu di Semenanjung juga terlibat sama  tidak kurang hebatnya pemberian mykad kepada warga asing jumlah bilangan warganegara ekspress di negara ini semakin meningkat  dan membimbangkan”  kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.
 Menurutnya, statistik yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan menunjukkan bahawa sebanyak 1.7 juta Mykad telah hilang di negara ini dan telah dipalsukan.
” Ini dapat dikaitkan bahawa memang benar berlakunya penyelewengan yang dilakukan oleh pihak dalaman,” katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.
Ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, pada 24 April 2012, beliau telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut supaya penyelewengan dalam pemberian kewarganegaraan kepada warga asing disiasat.


Katanya, sebelum pilihan raya  tempoh hari juga, beliau telah mengemukakan nama-nama pihak yang turut mempunyai kaitan dalam penyelewengan pemberian kewarganegaraan kepada Yang di-Pertuan Agong.
  Pada waktu itu, semua pihak menafikannya dan kebanyakkan pihak media langsung tidak memberikan perhatian dan liputan kerana ia berkaitan dengan pendaftaran pengundi,” katanya.
Jelas Mahfuz lagi, apabila warga asing diberikan kerakyatan, mereka turut mempunyai hak untuk mengundi sama seperti warganegara yang lain.
” Penyelewengan kerakyatan ini akan memberi banyak implikasi buruk kepada masa depan negara.
“Antaranya, ia dapat menggugat kedaulatan institusi diraja kerana warga asing tidak mempunyai semangat dan pemikiran bahawa sultan adalah pentadbir negeri,” ujarnya.  
Tambahnya, dengan masalah yang terjadi kini, sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi dan menangani masalah penyelewengan pemberian kewarganegaraan.
” Saya gesa, supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menangani masalah ini,” katanya.
Selain itu, Mahfuz turut tidak menafikan bahawa perkara ini ada kaitan dengan pergerakan politik Umno dan juga Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak menafikan bahawa ia ada kaitan dengan Umno dan BN tetapi hentikanlah amalan itu kerana pilihan raya lama lagi,” katanya.


 “Ini semuanya gara-gara penyelewengan oleh orang dalam yang membolehkan warga asing begitu mudah mendapat status kewarganegaraan secara bmendapat tanpa mengikut lunas-lunas tertentu” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment