Wednesday, 16 July 2014

MULAI 22-23 DAN 24 JULAI INI DAP ANJURKAN PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT



Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Cawangan Parti DAP Kampung Berhala Sim- Sim Sandakan yang dipengerusikan oleh Dayang Zubaidah Datu Tahil  yang juga merupakan Pegawai Khas II  kepada Ahli Parlimen Sandakan selama tiga hari berturut-turut juga akan mendakan majlis berbuka puasa kepada masyarakat setempat.

Dayang yang ditemui oleh media memberitahu hari pertama pada 22hb Julai ini majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk Pulau Kampung Berhala Laut.

Pada hari kedua 23hb Julai jam 5.00 petang di Kampung Tinusa 1 dan hari ketiga pada 24 Julai di kediamnya di Kampung Sim-Sim Jambatan lorong 13 jam 5.00 petang.

Tetamu kehormat pada majlis berbuka puasa itu antaranya Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt, dan tiga  mantan calon iaitu  DUN Elopura George Hiew, DUN Tanjung Papat Frankie Poon dan  DUN Karamunting Calvin Chong.

Menurut Dayang ini adalah kali kedua DAP mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama para pengundi dan penyokongnya di tahun lalu.
  
“Walaupun kami dipihak pembangkang wajar juga mengadakan majlis berbuka puasa di bulan Ramadan untuk para penyokong dan pengundi-pengundi Islam di kawasan  Sandakan” ujarnya.

Dayang berkata parti DAP yang merupakan parti berbilang kaum semakin hari kian mendapat sokongan di kalangan rakyat terutama sekali golongan bumiputera  yang terdiri daripada  gerenasi muda antara umur dari 21 hingga 30 an tahun keatas sebab mereka mahukan sesuatu pembaharuan dalam era pembetukan  kerajaan yang baru pada PRU 14 nanti.

1 comment:


  1. PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete