Wednesday, 11 January 2017

FST…..JADI AHLI PEMBANGKANG BUKAN BANTU RAKYAT DENGAN AIR LIUR SAHAJA…..JUNZ WONG


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Rabu Januari 11/2017
SEBELUMNYA saya tidak kenal YB Junz Wong dan kenalpun sekadar begitu-gitu  tapi tidak pernah bercakap dan tidak pernah bersua muka.
Di Warisan saya sering ketemu dan sering mendengar ucapannya dan dari segi penyampaian ucapan jelas ia bukan seorang yang hebat PROVOKASI atau fighter, tetapi ia lebih kepada kenyataan-kenyataan  yang masuk akal dan lojikanya benar.
Dua tiga kali saya hadir di ceramah-ceramah nya dan saya amati dan kaji, amati dan usaha memberikan pandangan dan memang benar apa yang dikatakannya itu masuk akal dan lojik.
Kalau sekadar mahu jadi YB pembangkang dan bantu rakyat dengan air liur sahaja itu dalam DAP bolehlah tetapi apa yang dapat disumbangkan kepada rakyat Sabah keseluruhannya 
Rakyat Sabah bukan mahu air liur dan bukan mahu banyak cakap tetapi rakyat Sabah mahu jalan, air paip, sekolah/pendidikan dan Sabah harus dikeluarkan dari lokasi MISKIN sekali di Malaysia. 
Rakyat Sabah mahu pembangunan rohani dan fizikal dan rakyat Sabah mahu kehidupan yang lebih baik bukan kais pagi makan pagi dan kais petang dikait petang lagi untuk isi perut anak bini dan keluarga.
 eorang YB yang memang hanya bergaji makna YB itu sendiri yang untung, sedang rakyat tidak dapat dibantu sebab WANG DISATUKAN diamanah kepada kerajaan yang memerintah iaitu BN dan bukan DAP dan bukan pembangkang kecuali di Selangor dan pinang serta Kelantan, itupun BN masih kuasai kerajaan PUSAT yang banyak kuasa termasuk polis, tentera, pendidikan, JPN, Imigresen dan segala macam. 
Jadi apa yang dikatakan oleh YB Junz Wong yang ia bukan mahu jadi YB pembangkang tetapi mahu YB dalam kerajaan yang boleh membantu rakyat Sabah.
Secara terus terang saya salut perjuangan parti DAP sebab terus berjuang tetapi untuk di Sabah sekadar berjuang seumur-seumur  jadi pembangkang itu tidak akan ke mana dan kerana itulah Junz Wong sertai WARISAN dan yakin WARISAN yang pelbagai kaum bakal memerintah Sabah dan bakal dapat membantu Sabahan untuk terus perjuangkan rakyat Sabah.
 Pandangan saya DAP atau PH bolehlah terus berjuang untuk menangi lebih 112 kerusi MP di peringkat nasional nanti dan Sabah ini biarlah WARISAN dan parti yang difikirkan ikhlas sama berjuang tandingi 73 kerusi DUN yang ada sementara 25 kerusi MP nanti bolehlah dibincang sama dan ini memang sesauatu yang saya kira menarik jika dijadikan kenyataan untuk menumbangkan BN di Malaysia terutama di Sabah.


No comments:

Post a Comment