Saturday, 28 January 2017

FST....; SHAFIE APDAL UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA (KONG HEE FATT CHOY) SELURUH RAKYAT MALAYSIA


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sabtu Januari 2017/28

SABAH sebuah wilayah yang unik. Memang unit sangat. Beza dengan yang lain. Di Sabah bisa duduk satu meja, makan sama dan bercakap satu bahasa tidak ada bedanya.
Tidak ada rasa sakit hati, tidak ada dendam dan semua hidup dalam ikatan kasih sayang yang cukup utuh, ikhlas dan menusuk ke dalam.
Dalam keluarga famili terdiri kadazan/dusun, cina, sino, murut, suluk, kedayan, bajau, rungus dan segala macam bangsa dan agama, warna kulit atau budaya tidak menjadi masalah malah itu pengikat silaturahim yang lebih akrab dan sesuai dengan firman Allah melahirkan umat berbangsa-bangsa untuk sering kenal mengenal.
Sabah juga punya pelbagai perayaan termasuk Hari Raya, Krismas, pesta menuai termasuk Tahun Baru Cina dan segala macam perayaan dan ketika sampai waktunya semua menghulur tangan tanda kekeluargaan yang akrap. Inilah uniknya Sabah tanah airku.
Mereka ini yang pelbagai kaum dan warisan cukup menghormati, sayang sesama dan ini pasti kekal abadi.
Perjuangan suku kaum Tionghua di Sabah seperti Albert Kwok tidak banyak dikenal orang dan ramai melupakannya ketika ia melawan Jepun dan membunuh 30 Jepun di zaman itu dan ia seangkatan dengan Tun Mustapha bapa kemerdekaan Sabah.
Albert Kwok seorang pejuang yang akhirnya dia dipancung di Petagas bersama Julius Stephen, Ambo Ali dan banyak lagi dan ini harusnya kita kenang dan dijadikan sejarah untuk dikenal anak bangsa kita.
Di Semanjung, sejarah Cheng Ho dan Parameswara diabad 15 juga sama tidak lagi diperkatakan orang dan kesan Cheng Ho jugalah Parameswara memeluk islam dan Islam perkembang di Tanah Melayu meski sejarah melalui batu bersurat Trengganu Islam sudah ada di sana abad ke-13.
Masyarakat Tionghua juga telah banyak menyumbang ekonomi di Malaysia juga di Sabah ini dan itu kita kenang dan ingat, seharusnya sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat tionghua ini diambil contoh untuk sama membangunkan Sabah agar lebih maju ke depan.
Kegawatan ekonomi bangsa kita di Malaysia kelihatannya cukup merundum dan dana negara diselewengkan seolah Malaysia ini milik peribadi dan hukum serta undang-undang  hanya memilih dan kelihatannya ketidakadilan ada di mana-mana.
Fitnah memfitnah, aib mengaibkan terus bermaharaja dan ini merupakan petanda yang tidak baik dan kesan itulah parti WARISAN ditubuhkan untuk tujuan memperbaiki keadaan dan selamatkan Sabah seterus Malaysia.
Kita mengharapkan Tahun Baru kali ini membawa rahmat untuk terus kita menyatu dan Allah mudahkan laluan kita untuk mencapai kejayaan.
Selamat Tahun Baru dan inilah juga sebahagian warisan negara bangsa kita yang harus dipertahankan.
Gong Xi Fa Cai


No comments:

Post a Comment