Monday, 23 January 2017

FST…..PENYERTAAN AHMAD SHAH & DULLIE MARIE WARISAN TAMBAH MANTAB



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Monday January 2017/23

TIDAK kira siapa, bila sudah masuk ke dalam bahtera WARISAN dan sama melawan musuh, maka kekuatan akan bertambah dan itu menambah keyakinan untuk terus ke depan.

" Kita tak peduli siapa, jika ikhlas, telus demi kuatkan parti dan mempastikan BN tersungkur, maka WARISAN dengan senang hati akan menerima siapa saja tanpa syarat " Ini yang saya jelaskan lewat pertemuan malam ini.

Saudara Ahmad Shah dan Dullie Marie memang antara tokoh yang berpengalaman dan keduanya punya kelulusan master di luar negara dan ilmu yang mereka ada amat diperlukan untuk membantu DS Shafie Afdal dan yang lain untuk menggerakkan WARISAN terus ke depan.

Awang Ahmad Sah Sahari yang menggerakkan DUN Tanjung Aru telah berjaya memujuk sekitar 3000 ahli menyertai WARISAN dan borang penyertaan telah diserahkan kepada ketua WIRA Warisan baru2 ini dan itu satu kejayaan yang di luar jangka.

JK yang kendalikan di DUN Tanjung Aru telah mengadakan acara JERAYA WARISAN di Kampung Tanjung Aru dan Sembulan dan yang akan datang di Pulau Gaya sedang dalam perancangan.

Kawasan PETAGAS juga sedang diusahakan dan saudara Dullie Marie yang berpengalaman akan membantu secara sukarela dan setakat ini telah ulangkali diadakan perjumpaan di rumahnya untuk merancang tindakan selanjutnya.

" Kita sekadar membantu, bukan niat lain atau jauh untuk menjadi calon dan yang paling penting sekali BN mesti kita tumbangkan " Katanya Saudara Dullie Marie tadi.

Sebenarnya pertemuan tadi, memang dirancang dan mereka mahukan saya datang untuk sama membincangkan demi memperkuatkan WARISAN.

" DS Shafie Afdal seorang pemimpin yang berwibawa dan kita yakin hanya dia saja yang dapat menumbangkan BN di Sabah, kesan kita yakin maka kita siap memberikan kerjasama dan inilah musimnya yang paling sesuai untuk sama usaha mempastikan UMNO/BN tersungkur di Sabah " Kata saudara Ahmad Shah.

Rakyat Sabah harus bersatu dan jika gagal maka siap Sabahan akan terus menderita, masa depan negara bangsa akan susah malah anak-anak bangsa sendiri akan merempat dan menjadi pelarian di negeri sendiri.

" Kita akan bantu gerakkan WARISAN dan pastikan BN tumbang
di Sabah " Katanya Dullie Marie dan saudara Awang Ahmad Sah Sahari berjanji akan berusaha yang BN di Tanjung Aru akan tersungkur dan WARISAN akan kuasai kerusi DUN dan Parlimen di Sabah.

Sabah kena ubah 
Sabah mesti berubah
Tiada pilihan lain
Mesti
mesti


No comments:

Post a Comment