Wednesday 11 January 2017

FST MP BATU SAPI SAMPAIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA MANGSA RUMAH ROBOH KG LUPAK MELUAS LAUT

   

Gambar Kelihatan…..Linda menyampaikan bantuan kewangan kepada Norah Abdul Tani

 OLEH:  MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Wednesday January 11/2017


BATU SAPI:-     Keluarga bencana rumah roboh di Kampung Lupak Meluas Laut telah menerima bantuan kewangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin kelmarin.

Rumah berkenaan didiami seorang ibu tunggal, Norah Abdul Tani bersama tiga orang anak.  Kejadian itu berlaku minggu lepas ketika Norah keluar menjemput anak-anaknya balik dari sekolah.

Norah kini menumpang sementara di rumah jiran berdekatan ekoran kejadian berkenaan.

Linda telah melawat Norah dan anak-anak beliau di Kampung Lupak Meluas Laut. Ahli Parlimen Batu Sapi itu meminta Norah supaya bersabar  dalam menghadapi bencana yang melanda.

Linda turut menyampaikan bantuan kewangan kepada Norah dan berharap  sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban beliau.

Linda juga memberitahu bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk mencari jalan terbaik membantu keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana itu.


No comments:

Post a Comment