Thursday, 12 January 2017

TUDUHAN ROS TAK LULUS WARISAN SATU FITNAH..... FST


( karut, bohong, bangang tipu)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Khamis Januari 12/2017


DATUK SERI Shafie Afdal selalu menasihati agar jangan melayan tuduhan liar yang bersikap kebudak-budakan dan itu hanya membuang masa dan itu sebab saya jarang komen tuduhan yang auta dan membabi buta.

Tuduhan yang mereka katakan WARISAN belum lulus dan belum ada sijil itu AUTA dan merupakan kenyataan yang jelas sakit hati dan usaha merosakkan kepimpinan/nama WARISAN yang sekarang mendapat tempat di hati rakyat.

Memang benar sebelum DS Shafie Afdal bersama WARISAN dan WARISAN belum disebut-sebut, biasa jelajah DSSA dulu diguna nama NGO dan sesudah WARISAN diumum diketuai oleh DS

Shafie Afdal dan timbalannya Darell Leiking maka semua jelajah dan permit polis atas nama Parti Warisan sebab itu keperluan polis untuk kelulusan perhimpunan.
Kelulusan/Sijil parti WARISAN memang sudah ada dan sah sebagai pertubuhan parti Politik di Sabah yang ROS daftarkan dan bukan saja ROS, malah SPR juga telah akui dan layak bertanding di PRU akan datang. Itu Fakta dan bukan AUTA!

Soal ada yang minta disebarkan di laman sosial soal kelulusan dari ROS dan itu tidak dapat ditunaikan sebab sijil WARISAN bukan untuk dipamerkan dan jika mahu juga sila datang ke pejabat parti di Kelombong atau jika ragu, sila lapor ke POLIS yang orang WARISAN menipu.

Berhentilah membuat FITNAH yang banyak membuang masa dan visi WARISAN sekarang jelajah dan jelajah demi menjelaskan perjuangan/visi WARISAN itu sendiri bukan melayan sesuatu yang membuang masa.


No comments:

Post a Comment