OLEH:
SHAIMON S JUMADI-FST
Monday
January 16/2017
SANDAKAN:- Ganguan lampu
jalan bermula di hadapan Masjid Daerah hingga ke Kampung Sim-Sim Berhala
Darat yang sekejap nyala sekejap malap benar-benar merunsingkan pengguna jalan
raya yang yang ulang alik melalui laluan jalan tersebut.
Menurut
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
kerosakan lampu jalan di kampung berkenaan sudahpun seselai dibaiki beberapa
hari lalu entah kenapa lampu tersebut rosa lagi.
Ahli
Parlimen Sandakan (DAP) yang menerima aduan mengenai kes tersebut meminta agar
pihak MPS memperbaiki segera kerosakan lampu jalan kerana dalam keadaan gelap
gelita ini akan membahayakan diri khususnya para pemandu yang jalan melalui
jalan tersebut.
Kata
Wong lagi keselamatan pengguna juga perlu diutamakan sebelum terjadi sesuatu
kemalangan ngeri yang menimpa para pengguna jalan Sim-Sim kerana ketiadaan
lampu jalan tersebut.
No comments:
Post a Comment