Tuesday 17 January 2017

FST.....MP SANDAKAN BANTU SELESAIKAN MASALAH SAMAN PARKING DENGAN JPJ

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Selasa Januari 17/2017

SANDAKAN:- Orang ramai yang berkunjung untuk berurusan dengan Jabatan kerajaan Persekutuan dan mereka meletakan kereta di hadapan bagunan Persekutuan kerana tidak ada parking sering kena saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada satu-satu masa tertentu.

Di sebabkan tiada parking untuk mencukupi bagi menampung meletak kereta jadi para pengunjung letak kereta sembarangan saja mereka mungkin tidak tahu kalau parking didepan bangunan berkenaan tidak menjadi satu kesalahan.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt yang banyak  menerima aduan daripada orang ramai telah menemui Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membincangkan masalah parking dan saman yang sering dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit.

Dalam perbincangan antara kedua bela pihak JPJ akan mengambil tindakan untuk berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya untuk menambah lot parking  dihadapan bangunan pejabat persekutuan dan mencari tapak baru unrtuk dijadikan parking  umum.


No comments:

Post a Comment