Sunday, 15 January 2017

FST …… INILAH KEDIAMAN-ISTANA SEBENAR DS SHAFIE AFDAL


( ruang parkir sempit cukup 2 kereta)

OLEH: NURLIYANA AVDULLAH-FST
Ahad January 15/2017

PADA mulanya dan saya bayangkan rumahnya pasti sebuah banglow dan lamannya besar ada ruang untuk ceramah dan disamping itu saya bayangkan akan ada beberapa buah kereta tersusun.

Saya terkejut ketika itu sekitar tiga hari lalu saya memandu dan terlihat seorang lelaki sedang berada di luar rumah dan saya perhatikan macam kenal.

Dia bercerita dengan seseorang dan saya perhatikan dia bersiap sedia entah mahu ke mana kebetulan saya hantar kawan di sekitar taman.

Rumah itu letaknya di BUNDUSAN tak jauh dari padang golf bukit padang dan alamat rumah tidak saya jelaskan demi keselamatan.
Rupanya itulah rumah mantan seorang menteri yang sudah lama berkhidmat.
Saya tanya kawan-kawan saya yang tinggal di Semporna dijelaskan ia tidak punya rumah di Semporna dan selalu ketika di Semporna ia tinggal di rumah orang tuanya.

Rumah beliau di kota Kinabalu hanya rumah teres di depan kiri kanan kalangan orang Tionghua. Begitu yang saya perhatikan.

Itulah rumah seorang yang pernah menduduki 7 jawatan menteri dalam kerajaan BN/UMNO dan memang sesuatu yang diluar jangka dan kelihatannya rumah-rumah  ketua bahagian UMNO di Sabah 10 kali baik banding rumah seorang yang yang saya maksudkan.

Gambar yang saya sertakan di situlah letak rumahnya presiden Parti Warisan Sabah iaitu DS SHAFIE AFDAL, cuma rumah itu sekarang sedikit diubahsuai.

No comments:

Post a Comment