Friday, 6 January 2017

FST.....PARTI-PARTI PEMBANGKANG HARUS BERSATU HATI DENGAN MUDAH TUMBANGKAN BN/UMNO

DARI SUDUT MEJA EDITOR-FST
SHAIMON S JUMADI
Jumaat Januari 2017/06


SABAH      terlalu banyak parti pembangkang tumbuh macam cendawan selain parti nasional seperti DAP-PKR dan AMANAH yang berpusat di Semenanjung ada lagi parti baru di tubuhkan iaitu Parti Warisan Sabah-Parti Harapan dan Parti Star-SAPP dan Parti Cina Sabah (PCS).

Sementara DAP-AMANAH dan PKR ketiga-tiga parti ini di bawah satu payung yang membentuk barisan PAKATAN HARAPAN,

Manakala Star-SAPP dan PCS ketiga-tiga parti ini bergabung di bawah payung United Alliance Sabah (USA)

Parti Warisan Sabah (WARISAN) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti HARAPAN pimpinan Datuk Lajim Hj Okin  belum menyertai mana-mana gabungan parti yang sedia ada di Sabah ini.

Cakap Sabah terlalu banyak parti  pembangkang adakah parti-parti ini mampu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO) pada pilihanraya umum PRU14 nanti

Bagi pendapat saya masalah PAKATAN HARAPAN yang terdiri daripada PKR-AMANAH dan DAP  mungkin mereka akur dengan pembahagian kerusi sama ada DUN dan Parlimen dan tidak berlakunya pelanggaran antara satu sama lain.

Saya bagi conrtoh sekiranya DAP  telah meletakan calonnya di kawasan  DUN Elopura maka parti PKR dan AMANAH tidak perlu meletakan calonnya  biar satu lawan satu dengan calon BN dan PKR juga AMANAH seharus membantu kempen habis-habisan untuk mempastikan calon DAP dapat mengalahkan calon BN.

Begitu juga seterusnya kalau PKR dan AMANAh meletakan calon di kawasan Batu Sapi dan Sekong antara PKR atau AMANAH dan DAP tak perlu  meletakan calonnya di kawasan yang ditandingi oleh PKR dan AMANAH.

Jika perkara ini berlaku ertinya PAKATAN HARAPAN sedikitpun tidak memberikan ruang kepada calon BN dan dengan ini mudahlah PAKATAN HARAPAN  menewaskan cakon BN kerana tiada perebutan kerusi antara  satu sama lain.

Parti PAKATAN HARAPAN yang terdiri dari DAP-PKR dan AMANAH senang diatur agar akur mengenai peruntukan kerusi DUN dan Parlimen di satu-satu kawasan akan tetapi yang kita khuatiri ialah parti SAPP-Star dan PCS pimpinan Yong Teck Lee dan Jeffry Kitungan.

Parti SAPP dan Star pada PRU13 lalu telah mengkhianati pengundi-pengundi kaum Cina-Kadazam-Murut dan Dusun kalau tidak sebabkan SAPP dan Star jadi baruah UMNO/BN pada hari ini Sabah sudah pasti ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT (PAKATAN HARAPAN)

Pari HARAPAN dibawah pimpinan Lajim juga adalah dikhuatiri  sebotaj seperti Star dan SAPP siapa yang tidak kenal dengan Lajim Okin yang suka lompat parti kesatu parti..
Dulu semasa PBS pada tahun 1994 Lajim lompat ke UMNO hingga PBS jadi musnah jadi  kucar kacir disebabkan perbuatan Lajim.

Dalam UMNO Lajim tidak senang keluar lagi menyertai PKR entah apa sebabnya Lajim keluar lagi dari PKR kemudian sekali kita dengar Lajim sudah tubuh parti baru iaitu Parti HARAPAN.

Bagi pandangan saya  ketiga-tiga pemimpin parti iaitu SAPP-Star dab Pari HARAPAN  rakyat Sabah harus menolaknya jauh-jauh kerana tiada membawa sebarang menfaat berjuangan parti bukan untuk kepentingan rakyat malahan untuk kepentingan diri dan kocek sendiri.

Macam Parti WARISAN yang dipimpin oleh DS Shafie Apdal ialah selepas Shafie disingkirkan dari UMNO kerana Shafie coba menyuarakan kepincagan pentadbiran 1MDB dia (Shafie) jadi mangsa keadaan.

Satu fornula yang baik jika parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini tidak kira parti DAP-PKR-AMANAH-WARISAN Parti HARAPAN- SAPP-Stat dan PCS bersatu hati tiada perebutan kerusi bertindi di satu-satu kawasan Insya Allah Barisan Nasional/UMNO pastinya tewas ditangan parti-parti pembangtkang sebab kalau satu lawan satu pengundi tadi hanya memilih satu calon saja kalau bukan BN atau pembangkang rakyat  tidak keliru tetapi kalau semua parti pembangkang asyik  berebut kerusi DUN atau Parlimen ini akan memberi ruang seluas-liasnya kepada calon BN untuk meraihkan kemenangan pada PRU14nanti.









No comments:

Post a Comment