Thursday, 5 January 2017

FST MP LIBARAN ARAHKAN JKR BAIK PULIH JALAN KG DANDULIT....

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
FOTO: MAZLANI JANUARI
Januari Khamis 05/2017




LIBARAN:- Kerosakan Jalan Raya Kampung Dandulit yang menjadi rungutan dan kontraversi di kalangan penduduk setempat dan dua kali tersiar di media portal Free Sandakan Today Online bertajuk: Free Sandakan Today Online,,,,, ADUN SUNGAI SIBUGA DAN MP LIBARAN PERLU NAIK TARAF JALAN KG DANDULIT” tersiar pada 16hb December 2016 dan  satu lagi berita bertajuk: FST.....BILA KERAJAAN BN AKAN NAIK TARAF JALAN KG DANDULIT YANG BERGELOMBANG DENGAN LUMPUR”  yang tersiar pada January Tuesday 03/2017 telah mendapat perhatian dan telah diambil tindakan oleh Ahli Parlimen  Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol.



Memandangkan rugutan demi rungutan oleh para penduduk Kampung Dandulit dan Kampung-Kampung berhampiran Jusli sebagai Ahli Parlimen Libaran telah mengambil jalan alternative mengarahkan Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Sandakan untuk membaik pulih jalan tersebut.

Kini pihak JKR sedang menjalankan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut  dan diharap  setelah jalan itu siap  kelak tiada lagi rungutan datang dari orang-orang kampung kerana mereka telah menikmati jalan raya yang baik sebagai kemudahan asas dari kerajaan.

Ulasan Wartawan….Nampaknya  laporan berita yang saya buat tersiar di portal Free Sandakan Today Online tidak sia-sia mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkaitan.

Sebagai wartawan kita buat yang termampu saja untuk kebaikan semua pihak sedikitpun tiada berlaku prejudis terhadap mana-mana pihak.

Saya  harap orang-orang kampung Dandulit mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Ahli Parlimen Libaran atas prihatinnya mengambil tindakan drastic untuk menyelesaikan masalah jalan tersebut.


 



No comments:

Post a Comment