Tuesday, 17 January 2017

WARISAN PARTI SABAHAN....FST



OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Selasa  Januari 17.2017

BANYAK sangat komen saya perhatikan terhadap parti warisan Sabah. Komen menjurus kepada LOGO warisan dan logo hanya simbol/lambang dan paling penting ialah pemimpin yang memimpin parti berkenaan untuk Sabahan/Sabah.

Parti warisan bukan parti suku/bangsa dan bukan parti satu kaum dan bukan juga parti pelbagai kaum.

Saya tidak minat menyebut kaum atau bangsa sebab kelihatan rasis tetapi saya lebih suka menyebutnya Warisan parti untuk Sabahan dan pejuangkan hak Sabahan yang selama ini dirampok dicuri oleh pemimpin yang rakus tamak haloba hingga Sabahan menderita papa kedana menjadi rakyat termiskin sekali di Malaysia.

Logo yang digunakan oleh parti diambil/contohi simbol kapal nabi Nuh yang selamatkan umat manusia termasuk binatang dan itu sekadar simbol dan Malaya merdeka juga menggunakan kapal layar dan demikian juga Sabah merdeka menggunakan layar tetapi tidak pula menjadi ISU. Kelihatannya yang kritik bukan kerana keikhlasan sebalik berusaha selewengkan otak fikir rakyat agak berfikiran negatif.

Juga dikatakan konon LOGO itu lambang lepa-lepa dan kemudian dikaitkan dengan lanun sedang lanun tidak menggunakan lepa-lepa yang belayarnya perlahan tetapi menggunakan kompit/perahu yang lagi laju banding perahu angkatan keselamatan negara dan melibatkan lanun tidak masuk akan sama sekali.

WARISAN parti baru tumbuh dan beza dengan STAR, SAPP yang sudah puluhan tahun dan sudah ulang-ulang sertai pilihanraya negeri dan persekutuan. WARISAN baru tumbuh kelmarin dan belum lengkap jendela, pintunya dan AMTnya sendiri belum cukup.

Presiden WARISAN berulang kali menyatakan yang mereka tidak pernah mengatakan tidak mahu gabung atau kerjasama dengan parti lain dan mereka kena jelajah dan kenalkan diri serta minta pandangan rakyat di pelusuk daerah di Sabah dan kemudian jelaskan visi mereka kenapa mereka tubuhkan parti WARISAN.

Berkenal-kenalan dahulu baru datangnya cinta dan kenal terus kawin itu bahaya sebab tidak kenal hati budi kesannya mungkin bercerai atau hidup tidak menentu kesan tidak kenal hati budi masing-masing.

Kepimpinan WARISAN terdiri kalangan peguam, doktor, akitek, engineer, agamawan dan bidang-bidang lain dan mereka rata-ratausia muda dan punya pengalaman serta diyakini mampu memimpin Sabah untuk mengerakkan kemajuan ke arah yang lebih baik banding kepimpinan yang ada sekarang ini.

Setakat ini hanya parti WARISAN sahaja yang aktif menjelajah ke mana-mana dan terus memberikan ceramah, penerangan dan sambutan memang diluar jangka sedang yang lain kurang pergerakan hanya menggunakan grup WHATSAPP dan laman sosial lain dan kurang turun ke halaman.

Sabah kena ubah dan parti yang memimpin negara sekarang ini kena singkir sebab cukup menyusahkan dan Sabahan tidak ada pilihan lain selain harus berfikir dan mengundi parti yang dapat mewakili rakyat Sabah dan dapat menumbangkan kepimpinan UMNO/BN di Sabah yang rata-ratanya mempunyai kepimpinan yang sudah ketinggalan zaman dan tua renta.

Sabah kena ubah dan kerana itu, silakan kalangan rakyat Sabah terutama yang muda remaja siap turun ke halaman dan gerakkan Sabahan mengundi WARISAN yang dapat menjamin kemakmuran dan kegemilangan masa depan anak bangsa, cucu cicit yang menjadi warisan kita.

Kena UbahSabah
Sabah harus berubah
Hanya Sabahan yang mampu ubah
jika gagal
maka siap BN terus bermaharaja
rakyat sabah menjadi pelarian
pengemis di tanah air sendiri


No comments:

Post a Comment