Wednesday, 25 January 2017

FST….MPS MENYEWAKAN GERAI PASAR BATU 8 TERLALU TINGGI DAPAT KECAMAN OLEH SEMUA PIHAK…..DAKWA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
January 25/2017 Wednesday


ADUAN....Wong menerima aduan daripada penjaja berkenaan.
SANDAKAN:- Tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyewakan gerai-gerai di Pasar Batu 8 Jalan Labuk melalui system Sebutharga (Tender) memang menyusahkan para penjaja yang berniaga.

Ekoran tindakan MPS menggunakan system sebutharga bagi menyewakan gerai pasar berkenaan mengakibatkan  ramai penjaja yang berniaga bahagian barisan depan pasar itu  mengalami kesusahan kerana bayaran sewaan terlalu tinngi.
 
Bila penjaja tidak berkempuan membayar sewaan yang terlalu tinngi ini telah menyebabkan dan menjejaskan mata pencarian harian untuk menampung sara hidup.

Kenapa Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak mempunyai fikiran yang positif kearah membantu para penjaja yang hanya bergantung pendapatan tidak sebeberapa berjaja di pasar Batu 8  Jalan Labuk  yang hanya cukup-cukup makan sahaja.

Sikap gelojo yang tidak berperi kemanusian sikap ahli-ahli  Majlis MPS  terlalu menekan para penjaja tersebut disifatkan sebagai Manusia Kejam dan tidak bertimbang rasa sesama insan dan mendapatan kecaman  hebat dari golongan seluruh penjaja  dipasar tersebut.


Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  mengkritik wakil rakyat BN  yang langsung tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi para penjaja, ahli majlis MPS pula membantu MPS menindas para penjaja, meyebabkan gerai di bahagian depan pasar tersebut yang berkeluasan 4 kakix4 kaki, sewa bulanannya lebih mahal berbanding dengan kedai.

Wong menerima aduan daripada penjaja ketika melawat ke pasar tersebut dan mengedarkan kad tahun baru bersama dengan pemimpin DAP Sandakan, pada 22 Januari.


Kata beliau, MPS melaksanakan dasar sebutharga untuk menentukan kedudukan gerai pasar, menyebabkan kadar sewa gerai-gerai di bahagian hadapan pasar mencecah RM1200 hingga RM1300, penjaja tidak dapat menanggung kerana keuntungan yang diperoleh hampir semua dibayar kepada MPS sebagai sewa.

Wong berasa marah dengan perbuatan MPS yang tamak, dan berkata walaupun dasar tersebut dikatakan dapat menghalang pihak yang mendapat gerai hadapan melalui cabutan sebelum ini,menyewa kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan, tetapi dasar sebutharga kini pula tidak mempedulikan keadaan penjaja.

Wong ingin  bertanya kepada  wakil rakyat BN dan ahli majlis MPS,adakah mereka tidak pernah mengalami kemiskinan? Tidak mengerti kesusahan miskin? Adakah membiarkan MPS berbuat demikian adalah betul? Mengapakah tidak fikir untuk pihak penjaja dan rakyat? Menaikkan sewa bulanan gerai pasar yang kecil sehingga RM1200-RM1300 tidak terlampau?

Beliau berharap wakil rakyat BN dan ahli majlis MPS dapat berfikir dengan rasional, jangan membantu kerajaan dan MPS menindas rakyat, kerana sewa bulanan gerai pasar yang tinggi akan mengakibatkan harga barang juga dinaikkan, akhirnya rakyat yang menderita.

Beliau juga berkata, menurut khabar angin yang didengar oleh penjaja, MPS tidak meluluskan pasar malam tradisional Tahun Baru Cina, diharapkan MPS jangan berbuat demikian, jangan menyusahkan penjaja dan rakyat. Beliau juga menggesa ahli majlis MPS menyampaikan mesej tersebut kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

Wong berkata, kini ekonomi merosot, rakyat mengalami kesusahan untuk sara hidup, ditambahkan dengan GST, kini pasar baru batu 8 pula bermasalah, ini tidak dapat diterima.

Wong ingin bertanya:"Adakah menjaja begitu senang dan untung? Lebih baik ahli majlis atau pegawai MPS pergi mengalami dengan menjaja di pasar."


No comments:

Post a Comment