Friday 20 January 2017

FST....MP SANDAKAN KESAL SPRM TIDAK DAPAT BEZAKAN ANTARA PENGUBAHAN WANG HARAM DAN RASUAH



OLEH:SHAIMON S JUMAD-FST
Friday January 20/2017

SANDAKAN:- Pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) amat mengecewakan kepada semua pihak kerana tidak dapat membizakan antara Pengubahan Wang Haram dan Rasuah.

Ini jelas penglibatan rasuah RM3.3.blillion  oleh Pengarah Jabatan Air Sabah dan lain-lain pegawai Kanan JAS yang didakwa terlibat sama maka pegawai terbabit disaran letak jawatan segera jika tidak ini bermakna kejadian rasuah di Malaysia tidak akan berakhir dan berleluasa dan bertambah parah.

Menurut  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt matlumat, seorang pemuda bertanya tentang perkembangan kes rasuah Jabatan Air Sabah di Pejabat SPRM, pegawai berkenaan memberitahu bahawa kes tersebut akan didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram, ini amat pelik, kerana sebelum ini SPRM mengesahkan terdapat RM2.1billion dalam RM3.3billion tersebut telah hilang.

"Manakala semasa pegawai SPRM menahan pegawai yang terlibat, sejumlah wang tunai yang bernilai tinggi dan barang kemas telah dijumpai di dalam pejabat jabatan air dan rumah. Jika wang tersebut digunakan untuk pengubahan wang haram, maka wang berkenaan tidak akan disimpan di tempat tersebut, tetapi telah dipindahkan ke tempat lain. Jika SPRM kekal mendakwa atas tuduhan pengubahan wang haram, maka ia seumpama membiarkan kes rasuah terus berleluasa."

Wong berkata demikian dalam sidang media DAP Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu  baru-baru ini ketika diminta mengulas lanjut tentang kes rasuah Jabatan Air Sabah.

Kata Wong  lagi kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan tinggi kerajaaan nampaknya semakin menjadi-jadi sukar dikawal macam  satu  trend dan budaya terus diamalkan oleh golongan-golongan tertenru.

Menurut Wong, setiap ahli parlimen mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk menjalankan projek pembangunan infrastruktur asas di kawasan masing-masing, tetapi terdapat ahli parlimen yang salahguna peruntukan tersebut, memberikan barang-barang yang tidak penting untuk menambat hati rakyat. Apa yang rakyat inginkan ialah rancangan pembangunan yang baik, terutamanya pada masa ekonomi merosot.

Kata Wong, semasa rakyat menghadapi kesusahan, kerajaan tidak memberikan bantuan dengan segera, tetapi melancarkan dasar-dasar untuk menindas rakyat, terutamanya dasar levi yang ditanggung sepenuhnya oleh majikan, serta mewajibkan kenderaan komersil membeli pelekat pemantul cahaya kenderaan dari JPJ dengan harga tinggi.

"Kerajaan dan ahli parlimen kini harus berusaha membangunkan ekonomi negara, melaksanakan dasar mesra perniagaan untuk meningkatkan ekonomi perdagangan tempatan, jangan terus menjejaskan pendapatan para peniaga menerusi dasar yang tidak baik untuk pembangunan ekonomi tempatan.

Beliau juga menggesa kerajaan agar memastikan bekalan minyak masak paket 1kg penuh di pasaraya dan kedai runcit, sebelum tahun baru cina.

"Golongan pendapatan sederhana dan rendah yang membeli minyak paket, tetapi kini masih menghadapi masalah kekurangan bekalan, adakah ini disebabkan kerajaan tiada wang untuk subsidi minyak, ataupun atas sebab lain?"


No comments:

Post a Comment