Friday, 6 January 2017

FST TIDAK ADA LAIN, HANYA WARISAN SAHA DAPAT BELA RAKYAT SABAH


( ya, hanya WARISAN)
 

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Januari 2017/06

KITA sudah merasa pemerintahan USNO, juga BERJAYA, PBS hingga kini UMNO dalam Barisan. Kita pernah berketua menterikan pemimpin LDP, juga PBS, UPKO termasuk SAPP dan semuanya sudah kita tahu bagaimana keadaannya.

Sekarang dalam UMNO/BN di dalamnya parti-parti di atas memang ada dalam BN dan apa saja yang membanggakan kita sebagai rakyat Sabah?

Kita akui USNO yang membongkar hutan, membandarkan pecan-pekan kecil bukan semudah yang dikata untuk memulakan hutan balak belukar semak dan kemudian dilanjutkan oleh BERJAYA dan ketika itu bila kita sampai di lapangan terbang subang kita merasa bangga sebab orang Sabah terkenal sebagai orang kaya terutama di zaman USNO berkuasa.

Di zaman PBS sedikit senang tetapi kesan PBS tidak kuasai WANG DISATUKAN maka sudahnya rakyat jadi susah dan akhir election PBS nyawa2 ikan dan itu sebab dua YB mereka meninggalkan PBS kesan tidak yakin untuk majukan Sabah.

Tindakan melompat itu keduanya YB tahu dalam PBS mereka tidak mampu berbuat apa-apa, apa lagi ketika itu PBS hanya menang tipis dan memang menjadi sukar kala meluluskan undang-undang di DUN Sabah dan jika berterusan maka sudahnya sama rakyat menderita.

Kemudian sesudah itu UMNO/BN berkuasa dan bila berkuasa tentunya diharapkan UMNO/BN di Kuala Lumpur akan memerhatikan Sabah, tetapi apa jadi? sesuatu yang diluar jangka kita sabah jatuh miskin papa kedana paling ramai mohon bantuan miskin tegar.

Tahun demi tahun demi tahun sabar dalam penantian! Seksanya sebuah penantian itu katanya Jubir Ali lewat lagunya. Dengar?

Sabah bukan bertambah maju, sebalik makin memburuk. Yang majunya itu hanya pemimpin UMNO sendiri, sementara pemimpin lain dalam PBS, UPKO, PBRS hanyalah dapat sedikit kesan lebihan2 UMNO dan adalah duduki kerusi menteri tetapi itu hanya kenyangkan diri sendiri hingga berut memboroi ke depan, sedang rakyat menderita dan tiba-tiba Sabah dianugerahi sebagai NEGERI TERMISKIN sekali di Malaysia disamping pendidikan asas paling TERSOROT dan ketika itu sk Mantanani tak seorang lulus exam akhir asas dan paling ramai memohon bantuan miskin tegar ikut e kasih jabatan kebajikan sabah. Kaji dan baca, bukan mata buka telinga bukan asyik ampu lihat TV2 Utusan yang menyesatkan. IQRA!

Bukan saja itu setelah merdeka sekitar 53 tahun masih banyak kampung-kampung di pedalaman tak jauh dari pekan masih tidak punya api letrik, malah untuk mendapatkan air mereka hanya bergantung kepada sungai yang tercemar airnya kesan pembalakan miliknya VVIP di Sabah. Habis hutan pak menteri bongkatr dan wangnya disimpan di luar negara. Sabahan kena tipu!

Memang rakyat Sabah kesihan sangat tidak dipeduli dan tidak diperhatikan tetapi segala hasil balak, minyak gas, koko sawit mereka angkut ke luar kayakan diri mereka sendiri yang di seberang.
Nah, apakah adil namanya begitu? apakah orang Sabah ini buta atau tuli tidak melihat apa yang berlaku di depan mata?

Memang kesihan saudara-saudaraku kalangan Murut jauh dari pekan Tenom dan juga di sebelah Sook dan rungus yang dilupakan di Kota Marudu, paitan, Pitas hidup ada yang sama seperti di zaman inggeris malah ada lagi baik di zaman inggeris masuk ke hutan dapat babi, dapat rusa, pelanduk dan ke sungai udang galah banyak malah buaya juga banyak.

Sekarang hutan sungai tasik milik orang lain dan berburu ke dalam hutan pasti mereka dianggap penceroboh dipanggil polis diarah tangkap kesan menceroboh,. Inilah Malaysiaku dan inilah Sabah milik dato nenek kita milik orang. Mat Salleh, Antanom, Kamunta, Pak Musa, Sharip Usman, Albert Khok, Jalius Stephen dan banyak lagi menangis dalam kuburan kesan cucu cicit mereka kena tipu bulat-bulat. Sadis!

Begitulah yang berlaku sekarang dan apakah yang di Sabah ini masih lagi mengharapkan parti dalam BN mahu memimpin Sabah ini dan jelas jika itulah pilihan maka anak bangsa sendiri akan merempat dan mati ampai-ampai untuk dikubur juga tanah tidak punya kesan milik orang lain dan paling-paling dibakar dihumban ke sungai macam budaya india dibakar habuk di lontar ke sungai gangga.

Kalangan Murut di Nabawan dan juga yang tinggal di Kinabungan dihalau semacam haiwan dan di Nabawan pula saya dengar ada beribu tanah dimohon atas nama yayasan konon tetapi dipohon atas nama syarikat milik suku sakat orang kenamaan dan alasan mereka konon demi pembangunan. Pembangunan kelapa otak lo!

Sabahan murut, kadazan, rungus, brunei, bajau, kedayan, bisaya dan banyak lagi memang kena tipu oleh atas neneknya dari negara asing yang tidak ada kaitan sejarah dengan kita banding suluk/bajau yang memang pernah perintah dari sungai sibuga ke pidasan sewa RM5000 setahun dan tentunya Joseph Tores yang tinggal di Elena/Kimanis zaman Sultan Momin berkuasa tahu hal ini. Baca kaji sejarah! bukan menjadi pak turut atau membutakan mata dan menulikan telinga.

Bacalah sejarah dan kajilah sejarah jangan baik bantai hina bangsa dan kalau tidak tahu, baik kamu tidur dan semula ke sekolah tadika dan belajarlah secara serius.

Nah, itu tidak penting dan semula ke asal bahawa parti-parti yang disebutkan di atas memang sudah basi dan sudah tua nyanyuk tidak boleh lagi memimpin Sabah dan kalau memimpinpun visi mereka jelas mahu terus merampok khazanah negara untuk nanti wangnya di simpan di luar negeri agar bisa biayai anak cucu cicit mereka sampai kiamat.

Baca buku penulis luar skandal balak wangnya berjuta disimpan di bank luar negara. Musa Aman dicabar tetapi sampai sekarang mengulun takuyung!

Kita ini kalangan yang miskin dan ada papa kedana jelas hak diketepikan malah dilihat semacam sampah tetapin jangan lupa kita ada senjata iaitu UNDI dan di PRU akan datang jangan lupa tiada parti lain yang dapat memulihkan maruah diri dan bangsa kitani selain WARISAN yang di dalam ada pelbagai bangsa dan semuanya anak-anak muda yang berpendidikan dan belum diuji dan bersama seorang DS Shafie Afdal yang afdal lagi asal sempurna pasti Sabah bakal gemilang senang banding kepimpinan yang sekarang utamakan kaya diri sendiri dan suku sakatnya semata yang menyebabkan 3 Stoges cemburu dan diciptalah skandal jabatan air agar rebah.

Masakan hal ini kamu tidak tahu dan urang utan, segala beruk, monyert di Sepilok lagi tahu permainan sebuah pementasan teater yang ceritanya menarik tetapi cerita itu ditutup oleh kepala penyamun di Malaya sebab dua kali lima, lima kali dua. kong atas king bawah kong sama dengan kong kali kong.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah



No comments:

Post a Comment