Friday, 6 January 2017

FST...... SALAH TANGGAPAN PKR SEBENARNYA PARTI NASIONAL BUKAN PARTI MALAYA


( kenapa saya jadi sasaran?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Januari 06/2017

SAYA bukan politikus. Saya penulis. Saya memang ahli parti Keadilan sejak 15 tahun lalu dan kemudian meletakkan jawatan terpenting di Keadilan sebelum Datuk Lajim Hj Okin tubuh parti HARAPAN, tapi saya hingga kini kekal sebagai ahli parti makna saya bukan KATAK.

Seperti saya katakan saya berkerja dalam parti HARAM satu senpun tidak minta upah/tidak menerima upah/sukarela kerana memikirkan Sabahan sebab saya tahu parti pembangkang bukan parti pemerintah yang kaya raya, malah dalam perjuangan sekitar ratus ribu juga saya korbankan.

Sengaja saya meletakkan jawatan untuk kembali sebagai penulis dan tidak politikus sebab politikus biasanya asyik melobi untuk jadi calon dan itu bukan visi saya dan saya tidak mahu dikatakan begitu, makanya saya rela tidak berjawatan kecuali ahli biasa.

Parti Keadilan bukan parti Malaya tetapi parti nasional yang bersama PH/PR bakal tanding 222 kerusi MP untuk visi duduki kerusi Putrajaya sebab tanpa duduki kerusi puterajaya itu akan sama macam PBS menang tahun 1985 jadi sia-sia tak dapat berbuat apa-apa kesan kerajaan pusat kuasai banyak hal yang terpenting termasuk WANG DISATUKAN.

Bila DS Shafie Afdal meletakkan jawatan dalam UMNO dan kemudian dia suarakan kepada saya akan lawan BN, maka saya orang paling HAPPY, makanya saya siap ganding bahu dan siap membantu DS Shafie Afdal sebab visinya sama dengan PKR( PH/PR) tumbangkan BN, itu makna perahu dan visi sama tumbangkan BN, maka apa salahnya sama berjalan, sama bergerak dan sama bertindak sama menyerang?

Mengatakan saya pemuja parti MALAYA itu tidak benar. Menuduh saya mendapat upah juta-juta itu tidak benar. Saya bukan gila duit dan bukan gila pangkat. Mengatakan saya pernah kerja di DBP makan duit berjuta tidak benar. Dikatakan saya mencuri ahli PKR masuk WARISAN itu tidak benar. Dikatakan saya membodek ampu mahu jadi calon itu tidak benar. Saya orang kecil tidak punya apa-apa dan bukan sesiapa.

Saya berkerja menggunakan otak fikir minda menjelaskan yang benar dalam perkiraan saya( jika tak benar bisa dihujah dengan agumentasi yang meyakinkan) kerana Allah semata kerana rakyat Sabah semata tak mahu Sabahan terus kena tipu, kena kasih bodoh dan kena palui-palui. Sabah kaya Sabahan miskin papa kedana.

Saya mahu Sabah berubah. Saya mahu BN tumbang tersungkur. Itu saja visi saya dan itu saja yang ada dalam kepala saya. Saya mahu di peringkat Nasional PH/PR ambil alih putrajaya, sementara di Sabah WARISAN bersama parti2 lain yang telus dan jujur bukan parti agen BN.

Harap ini jelas dan diminta jangan merapu dan memfitnah yang bukan-bukan  sebab saya sendiri ada pendapatan yang lebih dari cukup. Saya tidak kejar apa-apa lagi sebab semuannya sudah ada tidak akan merempat dan tidak akan minta sedekah jauh minta makan malah sampai matipun semua yang ada lebih dari cukup.

Yang ada dalam kepala saya sekarang ialah selamatkan anak bangsa kita di Sabah ini jangan sampai anak cucu cicit kita merempat di negaranya sendiri kesan perbuatan seorang PM yang menganggap Malaysia ini syarikat miliknya dan Rosma termasuk anak tirinya yang mencipta filem porno itu.


Sabah kena ubah
Sabah kena kembalikan
Sabahan yang menentukan
terserah apa mahunya
tugas kita hanya menjelaskan
jika mahu BN berkuasa, silakan
Jika mahu BN tumbang
jangan pangkah BN
Jelas dan terang
tak perlu bersuluh lagi.

No comments:

Post a Comment