Friday, 27 January 2017

FST….KORUPSI MACAM SATU BUDAYA DI NEGARA MALAYSIA


OLEH:ISMAILY BUNGSU-FAT
Friday January 27/2917

KORUPSI itu paling dilarang oleh agama/malah semua agama mahu umatnya menjauhi kala korupsi itu perosak negara bangsa dan menjahamkan masa depan umat/negara/bangsa selanjutnya.

Malaysia antara negara yang ternama bila disebut korupsi meski di dalam negera tidak diperkatakan demikian kesan subahat lindungi koruptor dan kelihatannya negara kita kala pemimpinnya rata-rata koruptor, maka kerosakan siap di depan pinturata

Seperti saya jelaskan semakin korupsi bermaharajalela, maka semakin banyaklah undang-undang dicipta dan antaranya termasuklah kononnya mencegah korupsi tetapi undang-undang melindungi koruptor di kalangan pemimpin juga siap disediakan seperti akta OSA dan menangkap mereka yang membicarakan ayat-ayat yang dikira bahaya untuk koruptor kalangan pemimpin negara.

Kesan banyak sangat peraturan dan mahu selamatkan para pemimpin maka yang bercakap benar dikata pengkhianat siap dipanggil polis untuk disiasat atau ditakut-takuti dan inilah namanya hukum rimba hanya selamatkan para pemimpin yang memerintah sedang pembangkang/pejuang mereka korek jauh ke dalam atau diada-diadakan cerita agar rakyat percaya tujuannya menjatuhkan.

Rakyat harus diberikan penerangan dan pendedahan secara tepat dan lengkap bahawa apa yang berlaku masa kini seharusnya tidak terjadi dan kesannya kalau pemerintah tidak diubah maka akhirnya negara kita akan jauh tertinggal dan sekarangpun kita sedang menerima urusan jauh ke belakang banding negara lain di sekitar.

Kita kena ubah dan mahukan negara dipimpin oleh mereka yang telus, jujur demi perjuangan negara bangsa tercinta ini.


No comments:

Post a Comment