Friday, 13 January 2017

FST SEORANG AHLI PERNIAGAAN DATUK NASIR CHIN BERIKAN SUMBANGAN MAKANAN KEPADA BALU-BA;LU DAN GOLONGAN KURANG BERADA


OLEH: MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
SHAIMON S JUMADI-FST
January Friday 13/2017

SUMBANGAN..... Terima kasih seorang kurang berada menerima bantuan makanan yang disampai oleh Nasir Chin


SANDAKAN:- Atas  keprihatinan  seorang insan terhadap  golongan balu dan orang yang kurang berada mereka telah mendapat bantuan berupa makanan untuk meringankan  sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.

Seorang Ahli Perniagaan yang  merupakan pemilik bengkel Kejuteraan  Sri Jasa Sdn Bhd yang terletak  di Batu 9 Jalan Labuk Lama iaitu Datuk Nasir Chin dengan bermurah hati telah menghulurkan bantuan makanan kepada  lebih 20 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan termasuk orang kurang berada dalam satu majlis yang diadakan di pejabatnya pagi tadi.

Menurut  Nasir Chin tujuan memberikan sumbangan berupa makanan itu  adalah sebahagian aktiviti amal jariah  untuk membantu meringankan beban keluarga  yang ditanggung.

Wartawan Free Sandakan Today Online difahamkan ini bukan sekali Chin memberikan sumbangan  bahkan ia  berkali-kali sudah kepada golongan warga emas dan anak-anak yatim sejak dari dulu lagi.



  1.  

No comments:

Post a Comment