Tuesday, 31 January 2017

FST.... MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MP SANDAKAN MERIAH


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Tuesday January 31/2017

SANDAKAN:- Sudah menjadi satu budaya yang telah lama diamalkan di Negara Malaysia yang berbilang kaum perbezaan budaya dan berlainan pegangan agama mengadakan majlis rumah terbuka pelbagai perayaan saban tahun.

Contohnya seperti  sambutan perayaan Hari raya Aidilfiti-Krismas-Deepavali termasuk juga sambutan Tahun Baru Cina mereka mengadakan majlis rumah terbuka  apa saja jenis perayaan di Negara ini adalah niat dan bertujuan untuk menjalinkan hubunngan mesra dan mengikat siratulrahim antara kaum-kaum lain tanpa mengira warna kulit untuk berkunjung majlis rumah terbuka tersebut.


Majlis rumah terbuka seperti perayaan-perayaan yang disebutkan awal-awal tadi tidak kira  dianjurkan oleh parti penyokong kerajaan ataupun parti pembangkang pastinya disambut oleh kaum Melayu-Cina dan India walaupun secara sedarhana inilah keunikannya  apa yang berlaku di Negara kita Malaysia.

Kelmarin adalah  hari raya Tahun baru Cina masuk hari ketiga di mana Ahli Parlimen (DAP) Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Sibuga yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.30 petang.

Tetamu  yang mengunjungi majlis rumah terbuka Pengerusi DAP Sabah itu adalah terdiri daripada sahabat handai dan juga para penyokong DAP yang terdiri dari masyarakat Cina-Bumiputera Islam dan India dan termasuk para pemimpin kanan DAP.

Wong berkata walaupun Negara mengalami kemerosotan  ekonomi yang tenat namun rakyat Malaysia yang berketurunan Cina  tetap menyambut Tahun Baru Cina walaupun hanya sedarhana kerana ini adalah sudah jadi amalan budaya bangsa cina sejak turun-,menurun nenek moyang mereka  lagi.

Kata Wong lagi walaupun ekomoni Negara  kini sedang merundung dan telah dirasai oleh semua orang namun majlis rumah terbuka  Tahun Baru Cina tetap diadakan yang bertujuan untuk  mengeratkan jalinan mesra untuk semua kaum untuk menyerikan dan menceriakan suasana perayaan Tahun Baru Cina.

Para tetamu selain sajikan pelbagai juadah hidangan sebagai santapan namum mereka juga telah terhibur oleh persembahan tarian-tarian singa.

Wartawan Kanan  Free Sandakan Today Online  (FST) yang juga selaku Setiausaha Akhbar (Bahasa Malaysia) kepada Ahli Parlimen Sandakan tidak  dapat hadir sama dalam majlis rumah terbuka kerana factor kesihatan beliau (SSJ) yang tidak mengizinkan



No comments:

Post a Comment