Sunday, 8 January 2017

FST.......RUMAH PBR MILIK IBU TUNGGAL DI KAMPUNG LUPAK MELUAS LAUT RUNTUH MENYEMBAH BUMI

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
FOTO: MUSTAPHA TALIB
Sunday January 08/2017

BATU SAPI:- Sudah beberapa kali Perumahan  Bantuan Rakyat (PBR) Khususnya Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina diatas air runtuh menyembah bumi.

Sejak dari mula  tahun 2011 lagi rumah bantuan rakyat yang dibina diatas air satu demi satu  runtuh  kenapa fenomena ini bisa berlaku sebabnya rumah-rumah PBR  menggunakan tiang belian yang berukuran  saiz  4*X4* dan struktur rumah tersebut dikukuh

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata sepatutnya pihak kementerian yang dipertanggungawabkan terlebih meleliti lebih terperinci  mengenai struktur kedudukan rumah-rumah yang telah siap dibina oleh Syarikat Kontraktor yang diberikan kontrak sebelum rumah-rumah berkenaan boleh duduki.

Inilah akibatnya kalau kerajaan mahupun kementerian  berkenaan memberi kontrak kepada kroni-kroni mereka  hanya  memikirkan keuntungan semata-mata bila  siap mendaoat bayaran tetapi tidak memikirkan dari aspek  kualiti dan keselamatan rakyat yang bakal menduduki rumah-rumah tersebut.

Wong memberi tahu pada 5hb Januari lalu seorang Penghuni rumah bantuan rakyat (PBR) yang merupakan seorang ibu tunggal   di Kampung Lupas Meluas Laut telah rutuh  mujurlah tiada nyawa yang terkorban


No comments:

Post a Comment