Friday, 6 January 2017

FST.... JIKA JAMAL JAMBAN JADI PRESIDEN KELAB BOLASEPAK SELANGOR AKAN HANCUR

OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (KL)
January 06/2017 Jumaat

 
KAJANG (SELANGOR) Ketua Samseng Jalanan Gang Baju Merah Datuk Jamal Yunos @Jamal Jamban berangan-angan siang dan malam untuk jadi Presiden Kelab Bolasepak Selangor.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di media social Jamal Jamban dikatakan beriya-iya sangat menawarkan dirinya sebagai Presiden Kelab Persatuan Bolasepak  Selangor  yang kosong berikutan Datuk Azmin Ali Menteri Besar Selangor yang meletak jawatannya  sebagai presiden dalam beberapa bulan yang lalu.

Ramai di kalangan peminat setia bolasepak Selangor tidak setuju kalau Jamal Jamban menerajui kepimpinan Kelab Bolasepak Selangor akan jadi kucar kacir dan keadaannya bertambah buruk.

Macam mana Jamal mahu memimpin para pemain pasukan bolaspek Selangor sedangkan dirinya tidak terpimpin cermin diri dulu kalau akhlak itu baik bolehlah jadi Presiden Persatuan Kelab Bolasepek Selangor.

Jamal Jamban yang kini memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besarpun keadaan kucar  kacir Jamal sering kali melakukan keganasan berlagak samseng jalanan orang sebegini rupa tabiat macam seekor anjing yang kuat menyalak mahu jadi Presiden jauh panggang dari api.

Jamal sejak kebelakangan ini yang sering membuat perkara-perkara yang bertentangan undang-undang Negara sedikit sebanyak Jamal telah mencemarkan nama baik UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini di mana  Jamal Jamban telah membuat serbuan kebeberapa premis pusat perjudian haram sehingga Ketua Polis Daerah Selangor marah atas tindakan dan perbuatan Jamal yang  membelakangi pihak berkuasa khususnya pihak PDRM kerana Jamal tidak hormat sedikitpun kepada Polis dalam membuat  kerja-kerja serbuan tersebut.

Ini lagi kalau Jamal Jamban jadi Presiden Kelab Bolasepak Selangor sudah tentu akan rosak pentadbiran kelab tersebut kerana disalahguna oleh Jamal untuk kepentingan dirinya bukan untuk memajukan sukan bolasepak untuk mempertabatkan nama Negeri Selangor dipersada sukan bolasepak diperingkat nasional.











No comments:

Post a Comment