Saturday, 14 January 2017

FST……JANS STURZENEGGER AKUI DUIT 1MDB ( kes mahkamah di Singapura)


OLEH: NURLIYANA  ABDULLAH-FST
Saturday January 14/2017
KES mahkamah di Singapura bicara mantan pengurus Falcon bank di Singapura sudah cukup jelas telah akui yang dana atas nama Eric Tan adalah milik Jho Low yang kongsi dengan isteri MO1 sebab di situ ada sain bersama atas nama akaun palsu di bawah nama Eric Tan.
Sepatut Peguam Negara yang selama ini pertahankan PM harus membuka siasatan baru kesan kenyataan Jans itu yang menjelaskan dana yang disalur ialah dari dana 1MDB bukan dari Raja Arab yang diwara2kan selama ini. 
Berdasarkan pengumuman itu dan menyebabkan kedua bank di singapura itu ditutup sebelumnya gara-gara 1MDB, maka semuanya bakal terbongkar dan semakin hari semakin terbongkarlah segala pembohongan yang dilakukan oleh orang BN terutamanya mereka yang sejak sekian lama terus berusaha mempertahankan seorang M01.
Di Sabah, kita mahu mendengar apalah pandangan Rahman Dahlan dan Salleh Keruak yang selama ini terus mempertahankan pembohongan dan penipuan yang dilakukan.
 Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh juga ke tanah dan bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dan seluruh dunia sudah tahu yang pemimpin negara Malaysia paling korup dan menyalahkan guna kuasa.
Kita akan lihat Negara-negara lain akan sama mengheret mereka dan di Singapura merupakan langkah pertama dan kita tunggu lagi tindakan penguam negara Amerika.


No comments:

Post a Comment