Wednesday, 25 January 2017

FST…..RAKYAT MESTI BERSATU JIKA UMNO/BN MAHU DITUMBANGKAN PRU14 NANTI



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
25/2017 January Wednesday

DALAM kepala saya sejak bertahun-tahun, BN mesti ditumbangkan dan rakyat usaha jangan sekali-kali mengundi calon BN.

Dalam masa sama, selalu saya tekankan undi parti yang menentang BN dan terbaik BN itu dilawan satu sama satu dan undi rakyat mesti menyatu di parti pembangkang.

Itulah keinginan saya dan kerana itulah sesiapa saja yang memerlukan khidmat saya asal menentang BN itu akan saya bantu tak kira apa partipun asal visinya sama tumbangkan BN.

Visi Keadilan dan Warisan termasuk PCS dan lain-lain ialah tumbangkan BN(dalam kertas) dan kerana itu part-parti pembangkang/namanya pejuang harus menyatu dan bila menyatu maka rakyat secara tidak langsung akan ikut menyatu.

Kata orang ada parti jadi agen BN dan setakat ini memang kita tidak punya bukti dan itu sebab kasus ini tidak pernah saya katakan meski ada kalangan BN yang dalam parti pembangkang mengatakan demikian. Usaha berfikiran positif kecuali yang berkenaan memang agen kasih dana di PRU13 lalu.

Keadilan atau PH sama visinya tendang BN dan parti berkenaan sudah berulang kali mencuba tetapi gagal untuk kuasai kerajaan negeri kesan dikatakan asal Malaya meski sebenarnya mereka itu parti nasional. Untuk ubah kerajaan kena menangi lebih 112 kerusi MP dan jika gagal maka sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985. Fikirlah!

Seperti yang saya katakan sebelum ini alangkah cantiknya kalau parti-parti yang bukan agen BN ini bersatu dan menyatu sama sama melawan BN secara satu sama satu dan inilah formula yang BN khuatiri dan itu sebab mereka luluskan banyak parti di Sabah untuk maksudnya pecah dan perintah.

Kata orang ada pemimpin parti pembangkang di PRU13 lalu menerima dana dari agen BN sendiri dan ini diperkatakan oleh calon pembangkang sendiri dan jika ini benar maka jelas rakyat menjadi serba salah dan rasanya kesihan ahli-ahli- parti yang kesannya pemimpin kaya sedang ahli-ahli tertipu hanya dapat upah pasang bendera, duit minyak dan untuk lima tahun terus menderita. Benarkah ini? saya tak punya jawaban.

Kita mahu memerintah dan BN mesti ditumbangkan dan itu visi kita dan musuh kita ialah BN bukan sesama pembangkang/pejuang tapi yang saya perhatikan penulis parti yang di luar kota terus menulis yang bukan-bukan dan bukan menjernihkan keadaan sebalik mencipta api amarah penuh dengan kata aib dan menghina. Yang hairannya mereka ini kalangan islam agamanya.

Ada ketua-ketua parti mahukan saya merundingkan hal ini untuk sesuatu tetapi dalam masa sama yang di bawah tidak dikawal dan terus mengapi-apikan keadaan, maka itu menyebabkan saya angkat tangan dan tidak terdaya kesan kata-kata yang dilontar.

Terbaik usahalah berfikiran matang dan jika penulis masih lagi kebudak2an, maka pemimpin kena menegur agar berada di laluan matang sebab perpecahan rakyat tidak akan dapat memberikan kemenangan di kalangan kita dan jangan sampai di PRU 14 semua gigit jari sepertinya PRU13 lalu.

Usahalah menulis penuh hemah dan kena jaga tatasusila budaya bangsa itu dan elak menamakan pemimpin kita dengan nama yang bukan-bukan meski siapapun dengan nama yang tidak seharusnya sebab Islam sendiri melarang menamakan orang lain dengan nama yang buruk dan menghina.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment