Sunday, 8 January 2017

FST…DAP-AMANAH-PKR (PAKATAN HARAPAN SABAH) METERAI KERJASAMA UNTUK TUMBANGKAN BN/UMNO PRU 14 NANTI


  
OLEH: MIMI ABD RACHMAN-FST (KK)
SHAIMON S JUMADI-FST (SDK)
January Monday 09.2017

KOTA KINABALU:-  Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt  menyatakan antara intipati Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Sabah adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti yang terdiri dari PKR-DAP dan AMANAH
"Semasa pelancaran  deklarasi  yang diadakan hari ini  di antara ketiga-tiga parti  telah  ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin kita daripada pusat antaranya yang hadir  ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR, Christina Liew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api berkata, majlis pelancaran itu  dihadiri presiden PKR, Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu” kata Wong.
Wong berkata Dan pastinya deklarasi tersebut menyebut tentang bagaimana kita boleh berkerjasama antara satu sama lain.
"Dalam deklarasi tersebut juga, kami telah bersetuju untuk duduk berunding secepat yang mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara setiap parti sama ada kerusi DUN dan kerusi Parlimen.
Untuk itu, kami akan pastikan kita akan mempunyai pertandingan satu lawan satu pada PRU yang akan datang", ujarnya.
Stephen Wong  selaku   Ahli Parlimen Sandakan juga memberitahu jemputan kepada semua parti pembangkang sama ada di peringkat nasional mahu pun tempatan telah dihantar.
"Kami telah menghantar jemputan kepada kesemua parti pembangakang tidak kiralah samada nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis pelancaran ini untuk menunjukkan kepada mereka,  atas kesanggupan kita untuk bekerjasama sebagai satu   team unit pembangkang bagi melawan Umno dan BN pada PRU akan datang.
". Pintu rundingan dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka. dan harapan kita, kita boleh membuat satu formula pada PRU akan datang bagi menumbangkan Umno BN", tambahnya.
Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah pula berkata, perjalanan Pakatan Harapan Sabah selepas ini adalah berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui bersama dalam Deklarasi Pakatan Harapan Sabah.
"Kita di sini untuk rakyat. Kita bukan di sini untuk kepentingan peribadi.
Pakatan Harapan adalah kesinambungan bagi Pakatan Rakyat yang dahulu. Kami telah membuktikan bahawa kami bertekad untuk menjatuhkan BN/UMNO dan satu cara sahaja untuk menumbang Umno BN iaitu dengan kesepakatan parti-parti pembangkang" tegasnya.
"Segala tindakan komponen PH akan berpandukan kepada Deklarasi Pakatan Harapan Sabah dan objektifnya adalah bagi menumbangkan Umno BN. Segala agenda PH akan berkisar kepada keperluan Sabah sebagaimana yang digariskan oleh polisi Pakatan Harapan", ujarnya.
Jawatankuasa penganjur yang diketuai Mustapha Sakmud akan  dihadiri  seramai 1,000 orang kakitangan kerajaan, gerakan-gerakan sosial dan anak muda, wakil kedutaan Indonesia serta mahasiswa turut diundang dalam majlis pelancaran ini.


No comments:

Post a Comment