Tuesday, 24 January 2017

FST..... KEMELLIA SAMBUT TAHUN BARU CINA BERSAMA KELUARGANYA SEDARHANA SAHAJA

DARI SUDUT MEJA  EDITOR FST
SHAIMON S JUMADI-BSK
Selasa Januari 24/2017

WALAUPUN ekonomi Negara ini semakin hari semakin tenat telah menekan dan menghimpit kehidupan harian golongan orang miskin tegar dan hidup sedarhana sambutan perayaan Tanun Baru Cina 2017 tetap juga disambut walaupun sedarhana sahaja dan ala kadar.

Kegembiraan masyarakat cina telah terlihat diraut wajah mereka kegembiraan menyambut  perayaan Tahun Baru Cina tahun ini tidak semeriah empat-lima tahun yang lalu.

Faktor utama disebabkan harga barang-barang keperluan hari raya Cina  hargannya melambung tinggi berbanding  tiga  tahun yang lalu  kita membeli barangan dikenakan bayaran tambahan GST setiap  satu harga barang.

Ini diluahkan sendiri oleh Dato Kemellia Hassan Aktivis Masyarakat yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama keluarga sebelah emaknya.

“Memang ketara sekali disebabkan ekonomi negera merundung kalau kita pergi ke pusat-pusat dan gedung membelibelah tidak seramai dulu.

Begitu juga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pun sama juga sambutan tahun baru cina memang tidak mereiah tetapi gembira juga mereka yang berkempuan memang berbelanja berlebihan-lebihan tetapi bagi golongan orang kurang berada menyambut hanya ala kadar mungkin langsir (tabir) jendela dan pintu tahun lalu  digunakan semula.”

Sementara ang paw  (Duit Raya) untuk budak- budak paling tinggi seorang RM5.00 sahaja atau RM10.00 mengikut kemampuan masing-masing.

Saya harap rakan-rakan yang terdiri dari masyarakat Cina dan kaum keluarga sebelah emak saya yang keturunan Cina yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina harap mereka penuh gembira bersama keluarga walaupun  ,menyambut secara sedarhana sahaja dengan ucapan dari Saya  sekeuarga “KONG HEE FATT CHOY” (GONG XI FA CAI)




No comments:

Post a Comment