Tuesday 3 January 2017

FST.....BILA KERAJAAN BN AKAN NAIK TARAF JALAN KG DANDULIT YANG BERGELOMBANG DENGAN LUMPUR

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
FOTO: SURIANA JASNI


LIBARAN:- Kerosakan jalan raya Kampung Dandulit dalam kawasan Parlimen Libaran dan kawasan DUN Sungei Sibuga semakin teruk sukar di lalui oleh kenderaan kerana keadaan becak dan berlumpur.

Yang menjadi masalah ialah menunggang motorsikal dan pejalan kaki terutamanya  budak-budak sekolah yang berulang alik dan sampai bila kah kerajaan akan menangani masalah tersebut.

Kalau kita buat berita mengenai  jalan rosak didedahkan dimedia-media social kita dicap sebagai anti kerajaan BN/UMNO akan tetapi pada hakikatnya  sebenarnya kita ingin membantu rakyat yang dalam kesusahan menghadapi masalah mengenai kemudahan asas seperti jalan raya adalah  keperluan utama rakyat sebagai alat perhubungan.

Sekali lagi saya harap pihak-pihak tentetu janganlah salah anggap tujuan saya membuat berita ini diportal Free Sandakan Today Online adalah untuk makluman dan pengetahuan pihak-pihak yang berkaitan agar simpati  terhadap  nasib  yang menimpa penduduk-penduduk Kampung Dandulit dan kampung-kampung yang berhampiran supaya jalan raya kampung itu dapat dinaik taraf seperti jalan-jalan kampung yang lain khususnya di kawasan Parlimen Libaran dan DUN Sungai Sibuga agar mereka sama-sama merasai nikmati kemudahan asas yang lebih   selesa dari kerajaan.









No comments:

Post a Comment