Thursday, 26 January 2017

FST…MEMANG TIDAK WAJAR MPS SEWAKAN PASAR BATU 8 TERLALU TINGGI BOLEH JEJASKAN KERAJAAN BN….KEMELLIA




OLEH: SHAIMON  S JUMADI-FST
Thursday 26/2017 January

SANDAKAN:-  Memang tidak wajar pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengenakan sewaan guna system sebutharga (tender) kepada para penjaja di Pasar  Batu 8 Jalan Labuk yang berjaja di bahagian barisan  hadapan.

Kalau pihak MPS mahu dapat banyak untung daripada hasil sewaan yang terlalu tinggi  kepada para penjaja terbabit ini akan membeban kepada para penjaja itu sendiri kerana mereka tidak  mampu untuk menampung bagi membayar sewaan gerai tersebut.

Memang ramai yang akan gulung tikar mereka bukan tidak berminat untuk meneruskan berniaga di pasar itu oleh sebab  tekanan-demi tekanan oleh pihak MPS jadi mereka daripada menanggung kerugian setiap  hari di mana hasil pendapatan jualan tidak seberapa pergi wang itu untuk membayar sewa gerai yang terlalu tinngi berbanding sebelumnya.

Seorang Aktivis Masyarakat yang tidak asing lagi Dato Seri Kemellia Hassan ketika mengulas kritikan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang tersiar di laman portal Free Sandakan Today Online (FST) pada tanggal 25/01.2017 bertajuk “FST….MPS  MENYEWAKAN GERAI PASAR BATU 8 TERLALU TINGGI DAPAT KECAMAN OLEH SEMUA PIHAK…..DAKWA WONG

Kata Kemellia sepatutnya Ahli Majlis MPS turut menolak  cadangan itu dan bukannya penyokong bulat-bulat hingga menyusahkan semua pihak terutama sekali golongan penjaja yang untuk meneruskan  berjaja bagi menyara hudup keluarga.

Kemeliia berkata tindakan MPS menaikan kadar sewaan yang terlalu tinggi ini boleh menimbulkan kemarahan di kalangan penjaja setempat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)  dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang.

“Jangan terlalu pandang remeh  akan kesusahan rakyat nanti pada PRU14 nanti  mereka akan tplak calon-calon BN yang bertanding mereka akan menyokong calon-calon dari PAKATAN HARAPAN –DAP-PKR-AMANAH ataupun Warisan kerana mereka terlalu  dendam atas perbuatan ahli-ahli Majlis kerana bersekongkol dengan MPS  akhirnya BN tumbang Noting  Impossible  pastinya berlaku dan menjadi kenyataan.



No comments:

Post a Comment