Monday, 30 January 2017

FST..... HANYA TAFSIRAN SEMATA-MATA

 
( mungkin PKR tanding guna logo WARISAN)


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Monday January 30-2027

MELIHAT dan meneliti keadaan sesama dan kesan PRU-13 lalu pasti kita dapat simbulkan apa sudahnya nanti.

Yang jelas kalau tidak bersatu akhirnya mungkin BN akan berkuasa semula kecuali WARISAN punya kekuatan yang diluar jangka kita.

Datuk Seri Shafie pasti banyak pengalaman dan tahu keadaan dan suasana PRU-13 lalu sebab dia di dalam UMNO ketika itu, cuma dia tidak akan bercakap apa sebenarnya secara rasminya.

WARISAN parti baru dan aktif terus bergerak hingga berjaya menghimpunkan ribuan orang ramai sedang parti lain hanya diam atau bergerak sesekali tidak seaktif WARISAN.

Setakat ini saya tidak pernah mendengar yang WARISAN menolak gabung atau kerjasama dan yang dikatakan oleh kepimpinan WARISAN hanyalah akan berkerja dengan parti yang betul-betul ikhlas dan boleh menang.

Kedua mereka akan mengambil keputusan sesudah jelajah selesai di seluruh Sabah dan mahu respons rakyat sebenarnya terhadap penubuhan parti WARISAN yang di dalamnya pelbagai bangsa.

Saya perhatikan dan buat tafsiran WARISAN lebih mudah berkerjasama dengan Parti Cinta Sabah dan HARAPAN sebab sebelum ini DSSA memang ada hubungan baik dengan Datuk Wilfred Bumburing, sementara dengan DSP Lajim itu tidak sukar sangat.

kemungkinan WARISAN tidak akan berkerjasama dengan SAPP sebab sudah ada DAP termasuk STAR dan jawabannya mudah iaitu DS Shafie kenal kedua pemimpin berkenaan.

WARISAN tidak boleh tidak akan berkerjasama dengan PH sebab Sabah hanya mempunyai 25 kerusi MP dan untuk kuasai kerajaan pusat perlukan lebih 112 kerusi MP dan WARISAN sedar tidak mahu seperti kemenangan PBS 1985 yang tidak ada kuasa untuk kawal pelbagai seperti WANG DISATUKAN, Kastam, Tentera, Polis dan sebagainya.

Saya bersetuju kalau semua bersatu maka BN mudah ditumbangkan

Kita fikirlah maksud saya dan tafsirlah!


No comments:

Post a Comment