Wednesday, 11 January 2017

FST......KEMELLIA AKAN MEMBANTU NAIKKAN PRESTASI PENYIARAN PORTAL FST DI PERINGKAT GLOBAL

OLEH: MIMI ABDUL RAHCHMAN-FST
Wednesday January 11/2017

 

KOTA KINABALU:- Seorang Ahli Koprat  yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Portal Free Sandakan Today Online (FST) yang tidak asing lagi iaitu Dato Seri Paduka Kemllia Hassan berazam akan sama-sama menbantu untuk menaikan martabat dan prestasi portal FST  sebagai sebuah media portal dipersada pembaca seluruh tanah air.


Free Sandakan Today Online anak syarikat Who The Boss Agencies Sdn Bhd yang dimiliki oleh Jun Pacifico Abdullah adalah merupa wadah masyarakat berbilang kaum untuk mengutarakan dan meluahkan segala kemuskilanan isi  hati yang tersurat dan yang tersirat untuk di dedahkan di laman social media portal ini.


“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua  Pegawai Eksekutif (CEO) Free Sandakan Today Online kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menerajui kepimpinan dan pentadbir terhadap fungi dan perjalanan FST ini dari masa kesemasa.” Kata Kemellia dalam sesi wawancara Eksklusif dengan wartawan FST  di pejabatnya hari ini.

Aapa yang paling penting kata Kemellia semua ahli-ahli jawatankuasa ahli lembaga FST yang telah diantik secara rasmi oleh CEO diharap mereka dapat menjalankan  kewajiban sebagai seorang ahli lembaga yang di amanahkan dalam menyumbangkan pelbagai  idea-idea untuk meningkatkan prestasi perjalanan FST dengan lancar.


“Ini janji saya , saya akan memastikan perjalanan portal Free Sandakan Today dengan baik dan sebagai Pengerusi saya berpesan kepada pihak editorial (Penyunting) jangan sekali- kali   berlaku sikap predujis dan bias (atau berat sebelah) dalam menyiarkan semua artikel sama ada datangnya dari pihak kerajaan mahupun pihak parti pembangkang kita buat secara saksama  dan adil sebabnya pembaca portal FST ini mereka terdiri dari pelbagai golongan yang mempunyai perbeza-beza  pendapat dan fahaman  idologi politik,  tegasnya lagi.







No comments:

Post a Comment