Wednesday, 4 January 2017

FST......54 TAHUN SABAH DI PERINTAH BN KEHIDUPAN RAKYAT KAWASAN PEDALAMAN SEMAKIN TERHIMPIT....WONG

DARI MEJA EDITOR FST
SHAIMON S JUMADI
January Wednesday 04/2017


SABAH sejak diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula tahun 1963 lagi hingga kehari ini 2017 di kawasan pedalaman  tidak banyak berubah dari aspek pembangunan infrastruktur terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya,bekalan elektrik dan juga bekalan air paip.

Hasil Sabah seperti kayu balak-Sawit dan Minyak semuanya pergi ke kerajaan  persekutuan dan   Sabah  mendapat  5 persent saja dari hasil royalty minyak  dari dasar laut.

Memang tidak dinafikan di Sabah memang pesat  membangun di mana-mana saja kelihatan bangunan-bangunan tinggi seakan mencakar langit tetapi itu hanya di kawasan sekitar Bandar saja yang 90 peratus rakyatnya mendapat pelbagai kemudahan tetapi penduduk di kawasan luar Bandar khususnya di pedalaman sungguh menyedihkan.

Contoh penduduk di kawasan Keningau-Pengsiangan-Nabawan bayanyak lagi tempat yang tidak sempat disebutkan itu rata-rata terdiri dari golongan miskin tegar yang kais pagi makan pagi kais petang untuk petang.

Demikian dinyatakan sendiri oleh Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dalam jelajanya ke kawasan pedalaman di Sabah untuk melihat sendiri akan keadaan kehidupan rakyat di kawasan pedalaman yang terdiri dari suku kaum Murut dan Dusun.

Walaupun orang-orang kampung bercucuk tanam pelbagai   jenis tanaman seperti  pokok buah-buahan dan sayur-sayuran hendak dipasarkan ke mana kalau tiada jalan raya yang baik untuk mengangkut semua hasil  mahsul tanaman untuk dipasarkan” kata Wong lagi.

Kalaupun ada jalan kampung  sebagai kemudahan penduduk kampung tetapi jalan-jalan kampung tersebut tak ubah seperti tempat kerbau berkubang kerana keadaan becak dan bergelombang dengan lumpur.

Yang sering jadi mangsa keadaan ialah murid-murid sekolah belum sampai ke sekolah baju-seluar dan kasut mereka comot (Gelepotan) dengan lumpur ini barang kali dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) membalas budi para pengundinya.

Hanya rakyat Sabah yang bisa menilai sendiri tambah Wong lagi jika rakyat Sabah mahu perubahan besar dari segi taraf kehidupan yang lebih baik untuk menjamin masa depan yang cerah maka pada PRU14 nanti jangan undi mana-mana calon BN  yang akan bertanding di kawasan anda  sebab kalau rakyat di kawasan pedalaman bagi peluang sekali lagi kepada pemimpin jenis ini sampai bila-bila tiada membawa perubahan malahan kehidupan rakyat semakin terhimpit di belenggu kemiskinan  dengan kos sara hidup yang tinggi saban tahun harga barang semakin  mahal minyak naik setiap pembelian barang di kenakan GST.

Jika Pakatan Harapan yang terdiri dari DAP-PKR dan AMANAH diberi peluang mentadbir Sabah  maka segala-galanya akan berubah kalau rakyat Sabah sendiri berani mengubah maka semuanya berubah" Tambah Wong  lagi yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan.



No comments:

Post a Comment