Friday, 6 January 2017

FST TERUSKAN PERJUANGAN WARISAN ELAK GUSAR DAN BIMBANG


(kerja mereka lemahkan kita)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Januari 06/2017

SEORANG namanya pejuang rakyat untuk menuntut keadilan HAK demi rakyat jelata ikut laluan ALLAH tidak perlu khuatir. Allah selalu saja melindungi pejuang sejati yang ikhlas kerana Allah semata.

Kita ini hamba Allah asal kita yakin perjuangan kita benar, maka tidak perlu khuatir dan takut. Jika ada rasa takut itu tidak perlu berjuang dan lebih baik diam saja menyokong mungkar dan membiar negara bangsa hancur kesan perbuatan perompak samun hak rakyat.

Memang banyak sangat pertanyaan saya terima dari teman-teman seperjuangan dan kelihatannya mereka gusar sangat dan seperti yang saya katakan ulang-ulang sebelum ini untuk jangan sekali gusar dan khuatir.

Kita jalan terus meski api membakar, duri menikam kami dan dekati rakyat dan yakinkan mereka perjuangan WARISAN itu di landasan yang benar demi Sabahan.
Sudah saya jelaskan bahawa mana-mana menteri di Malaysia ini bukan penjawat awam dan mereka kalangan menteri tidak ada kuasa meluluskan apa-apa projek secara NEGO dan yang ada kuasa hanya Menteri kewangan iaitu Najib dan Musa. Merekalah saja berdua yang berhak meluluskan projek nego berjuta.

Menteri-menteri  di Malaysia ini termasuk timbalan perdana menteri atau lain-lain menteri memang tiada kuasa dan ini peraturan yang diamalkan sejak sekian lama dan sesiapa kalangan kita kena rujuk peraturan "Treasury Instructions" itu sendiri baru jelas maksudnya.

Berita yang diwara2kan kesan KSU disyaki menerima rasuah dari kontraktor itu biasa bila ada kes yang didapatkan buktinya dan itu sebab barangkali ia dipanggil untuk soal siasat dan ini sebenarnya usaha yang berkenaan mengwara-warakan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan menteri atau mantan menteri yang memang tidak ada kuasa.

Seperti yang saya katakan sejak dulu termasuk kes Jabatan Air Sabah diusahakan oleh mereka yang dimaksudkan untuk mengaitkan dengan DS Shafie Afdal dan sesudah disiasat jelas katanya SPRM tidak ada VIP yang terlibat tetapi aneh bin ajaib duit yang beratus juta dituduh sebagai kes "money laundering" sedangkan kes berkenaan salahguna kuasa/rasuah yang pasti melibatkan mereka yang berkuasa dan ini satu usaha mengelak yang di atas gunung itu terlibat terkait.
memang aneh bin ajaib.

Sesudah kes JAS itu gagal melibatkan DS Shafie Afdal, maka seperti yang saya jelaskan akan ada lagi isu-isu yang bakal dikaitkan meski yang jelas mereka akan terus gagal dan gagal sebab-sebab seperti yang saya katakan di atas, malah sebelum ini sudah saya uar2kan.

Makanya, DS Shafie Afdal selaku presiden WARISAN selalu mengingatkan agar pejuang-pejuang WARISAN di Sabah tidak usah banyak sangat memikirkan provokasi pemerintah yang tidak akan berhenti memburuk-burukkan pemimpin WARISAN.

Kita harus jalan terus
Kita harus jalan terus
terus
terus

" Pejuang-pejuang warisan kena kerja keras dan lakukan jelajah jumpai rakyat dan berikan penerangan apa sebenarnya yang berlaku di negara kita ini" Katanya sambil mengingatkan bahawa PRN dijangka akan diadakan tahun ini mungkin sekitar bulan Mac hingga Ogos tetapi yang pasti mereka akan adakan PRN itu di selepas Hari Raya.

UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah


No comments:

Post a Comment