Wednesday, 25 January 2017

FST…..KEMELLIA SARAN MPS-POLIS DAN IMIGERESEN SENTIASA PANTAU PATI TINGGAL DI KG SETINGGAN




DARI MEJA PENGERUSI AHLI LEMBAGA -FST
DATO SERI KEMELLIA HASSAN
Wednesday January 25/2017

SAYA ingin menarik perhatian tulisan Editor Kanan portal Free Sandakan Today Online (FST) bertajuk “FST….KAMPUNG SETINGGAN DI BELAKANG KAWASAN BANDAR LITAT JAYA DIHUNI OLEH 99 PATI SARANG JENAYAH” terbit pada 25hb Januari 2017  mendapat perhatian sepenuhnya.

Apa yang dinyatakan oleh penulis itu memang ada kebenarannya di mana rumah-rumah setinggan tidak kira dibina diatas air atau di darat yang penduduknya PATI memang 68 peratus tempat sarang pelbagai kegiatan jenayah.


Bukan saja di kawasan perkampung penempatan setinggan di belakang Bandar Litat Jaya di mana-mana saja alakan kampung setinggan.

Untuk mengurang kegiatan jenayah berleluasa sama ada di kawasan-kawasan perumahan mahu pun dimana-mana saja yang penting pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dapat memantau  tiada noktahnya  mengenai pertumbuhan rumah-rumah haram didirikan sama  ada diatas tanah milik kerajaan atau milik perseorangan agar tidak tumbuh seperti cendawan membiak di sana sini sehingga sukar di kawal.

Saya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Portal Media Free Sandakan Today Online (FST) menyokong tulisan pengarang  FST iaitu (SSJ)  berhubung isu rumah setinggan.

Semoga apa yang saya utarakan ini mengenai isu rumah setinggan yang diduduki oleh PATI dapat perhatian oleh pihak berkuasa selain MPS juga pihak Polis dan Jabatan Imigeresen.

Saya juga di fahamkan pihak Imigeresen-Polis dan Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) memang sentiasa mengadakan operasi lalang ke kawasan perumahan setinggan khusus bagi mengesan PATI berada di kawasan-kawasan berkenaan.



No comments:

Post a Comment