Sunday, 22 January 2017

FST.......NAK LOBI CALON HATI-HATI DAN SIASAT LATAR BELAKANG

GUSAR ADA MENGHALANG

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sunday January 2017/22

BILA dikatakan saya harus hati-hati dan siasat, maka itu cukup saya fahami sebab memang ada cerita di sana sini tetapi sebelum ini telah saya katakan bila saja orang berebutan untuk duduki kerusi dalam parti dan berebutan melobi dan memperkatakan diri bakal calon, itu makna parti semakin disukai orang. Saya berfikiran positif bila membicarakan hal ini.

Saya ulang yang saya selalu melihatnya sebagai positif dan itu sebab saya tidak kesah sangat hanya mendengar lewat kuping kanan dan keluarnya di kuping kiri dan biasanya saya hanya mendengar dan membiarkan begitu sahaja tetapi selalu memantau dan telinga saya ada di mana-mana dan mata juga tidak pernah tidur.

" Hati-hati dan usaha siasat " Katanya dan saya terdiam dan memang nama itu disebut tetapi ia sendiri kurang pasti dan saya hanya diam meski sebenarnya saya tahu yang dimaksud sebab saya tidak suka mengIYAkan sesuatu jika belum pasti.

Saya sembang lewat telefon orang yang dimaksudkan dan bahasanya sudah cukup saya tahu dan sebelum ini juga saya baca dan saya teliti komen teman-teman yang rata-rata meluahkan perasaan lewat laman sosial dan saya seperti biasa hanya mendengar alias menjadi CCTV.

Semalam entah tiba-tiba saya kepingin ketemu yang lain dan yang ditemu itu memang antara pemimpin yang saya percaya dan saya yakini dan di sebuah hotel di tingkat 10 kami bicara terbuka dari hati ke hati, ikhlas dan penuh jujur.

Saya hanya mendengar dan mereka ini memang punya potensi dan itu diakui dan jelas dari perbincangan yang hanya saya dengar maka itu sudah jelas saya tahu dan benarlah seperti yang selama ini saya sangkakan tetapi itupun tidak semestinya 100% saya percaya tetapi apa yang diperkatakan sudah cukup jelas apa sebenarnya.

Dalam perbincangan, saya katakan pertama yang harus kita tekankan ialah perbanyakkan keahlian dan jangan ada halangan sesiapa saja berusaha menambah keahlian.

Soal jawatan di bahagian atau cawangan itu biarlah perbanyakkan ahli duluan dan ahli-ahli nanti akan memilih siapa mahunya mereka sebab seperti yang selalu diperkatakan oleh Shafie  biarlah rakyat yang menentukan sebab yang menentukan nanti tentunya rakyat dan segalanya diserahkan kepada rakyat.

Memang benar banyak sangat yang mahu duduk di atas dan mahukan diri diletakkan sebagai ketua dan bagi saya itu positif dan itulah yang saya katakan akan dikembalikan kepada rakyat juga nantinya.

Ada yang mahu duduki kerusi tetapi tidak berkerja dan ada yang berkerja siap dihalang2 yang menyebabkan laluan jadi tersekat dan ini tidak baik untuk perkembangan parti.

" Yang paling bahaya ada nak jadi calon kesan ada dorongan parti lain yang maksudnya bakal ditaja dan tujuannya kita faham mahu kaya kesan dibeli " kata teman itu dan saya tersenyum cukup mengerti tetapi lebih suka mendengar.

Yang paling penting, dekati rakyat dan adakan ceramah kelompok meski tak ramai tetapi kalau berulang kali itu cukup bermakna dan jelaskan visi parti serta usaha menjelaskan segala fitnah, kutukan tetapi jangan menyerang.

Seperti yang selalu dikatakan biarlah bak pohon beringin yang selalu melindungi orang tetapi tidak pula meninggi diri, malah selalu merendahkan diri/Nah, dengan cara ini rakyat akan menilai dan sikap peribadi kita untuk nanti diangkat sebagai pemimpin.

Malam itu agak larut dan kesimpulannya yang dimaksud siap berhulur tangan dan berkerjasama dan dalam waktu terdekat akan terus bergerak mendekati rakyat dan mengadakan beberapa ceramah kelompok.

Malam di Tanjung Aru Datuk Azis dan YB Terrence Siambun datang cukup menyenangkan dan kemudian kala di Sembulan, saya pula jadi HOST menyampaikan ucapan bagi pihak Shafie  kesan malam itu ada acara lagi di Sepanggar.
Kita kena ubah Sabah. Mesti berubah. Dengan cara apapun, kita mesti. Terus ke depan tanpa menoleh dan tanpa peduli apa saja yang bakal menghalang.

Malam itu perbincangan kami selesai kira-kira mendekat jam 12:00 malam dan pulang sampai di rumah sesudah itu dan esoknya saya ketemu doktor Zakir dan katanya setelah diperiksa saya punya masalah kesihatan dan ia minta saya ketemu seorang doktor lain di Penampang yang memang pakar.

UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah


No comments:

Post a Comment