Tuesday 28 February 2017

FST.....AKRAPI RAKYAT TARIK RAMAI KEAHLIAN WARISAN


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Tuesday Feb 28/2017


KEKADANG selalu saya perhatikan di grup-grup WHATSAPP atau Facebook selalu dibincangkan hal calon, siapa layak siapa tidak dan mahu orang lokal. Ini jelas mencipta jurang pemisah sesama kita dan tidak baik diamalkan.
Harusnya VISI kita ialah menangkan WARISAN dan fokas gerakan akrapi dekati rakyat masuki kubu BN dan pujuk mereka sertai ahli WARISAN.
Caranya adakan acara kelompok atau ceramah rumah ke rumah dan pujuk ahli-ahli BN atau yang atas pagar dan jelaskan visi WARISAN sambil menjelaskan segala fitnah dan tuduhan terhadap DS Shafie Shafie Apdal dan Warisan.
Ada yang bercita-cita mahu jadi calon melakukan hal seperti yang saya katakan? ada pelobi-pelobi melakukan perkara sama dan apa saja tindakan mereka selama ini? selain hanya kata " sokong Warisan" berulang kali di grup-grup whatsapp yang ahli hanya sekitar 60 orang semacam syok sendiri pula nampaknya.
WARISAN mulanya ditubuhkan, adakah mereka bergerak dan di mana mereka itu dan bila WARISAN mendapat perhatian dan mendapat sokongan kesan usaha yang terdahulu dan mereka yakin sangat WARISAN mendapat tempat di hati rakyat mulalah mereka memperlihatkan wajah. Itu tidak salah tetapi jangan melebih-lebih seperti virus pula jadinya.
Kalau menyokong dipersilakan tetapi janganlah adu domba atau laga-lagakan dan terus asyik memperkatakan soal calon, si anu tak layak dan yang layak si anu bin sianu dan ini tidak baik buat sebuah parti yang visinya mahu memerintah selamatkan rakyat.
Bagi saya tak perlu bincang soal CALON dan jangan sekali mengatakan soal kelayakan seseorang itu, tetapi lebih utama semua serentak BERKERJA keras dan kerjasama mengangkat parti WARISAN dan ajak keluarga kawan-kawan terdekat sertai warisan sama berjuang. Kalau memang jawatan banyak dan kalah gigit jari.
Soal calon, rakyat akan tahu dan laporan akan disampaikan oleh rakyat kepada pemimpin dan yang di sekitar juga akan menyampaikan kepada pemimpin terutama ke pengetahuan DS Shafie Apdal, YB Darell, YB Junz, YB Terrence, YB Jaujan dan banyak lagi dan memang mereka yang memutuskan nanti dan itu hak kepimpinan.
Bila kita bercakap dan bincang soal calon di akar umbi maka itu akan terjadi kelopokan dan berpuak-puak dan memang tidak baik dan kesannya akan ada kata jika kuda tidak terpilih mereka akan keluar meninggalkan parti dan jelas sesudah jadi YB yang berkenaan akan melompat meninggalkan parti WARISAN dan yang demikian baiklah menjadi calon bebas saja selayaknya.
Sekadar bahan untuk kongsi sama dibincang agar tidak menjadi duri dalam daging yang melahirkan kanser berbahaya dan kita kena tegas elak sia-sia dan penat yang dilalui sejak bertahun-tahun  jadi lokasi pembangkang/pejuang.


FST.... GURU WAJIB HADIR KAH (MESTI BAWA 30 ORANG TIAP SEKOLAH)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Tuesday Feb 28/2017

PADA tanggal 28hb Februari jam 10:00 (hari ini) merupakan hari sekolah dan bukan musim cuti.

Sekolah dimestikan menghantar 30 orang guru2 ke acara itu.

Apa ini? bagaimana anak-anak sekolah kita?
Kenapa guru dilibatkan hadir dan dipaksa hadir dan jika tak hadir diminta menulis surat tunjuk sebab.

Jelas kerajaan Najib dan di Sabah pimpinan MUSA sengaja mengganggu tugas2 di sekolah.

" Tidak hairanlah pendidikan di Sabah pernah menerima anugerah pendidikan asas paling tersorot dan sk Mantanani tak seorang lulus exam sekolah asas " kata ketua Wira Warisan Sabah/Datuk Aziz ketika kami bercakap sebentar tadi.

Perbuatan kerajaan BN ini jelas merosakkan pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah dan kelihatannya inilah sebab-sebabnya pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah jauh tertinggal kesan dipaksa berpolitik sungsang.

Keadaan ini berlaku tidak boleh disalahkan pihak sekolah dan guru2 sebab mereka dikerah paksa dan jika gagal biasa diambil tindakan seolah menentang kesan dituduh tidak memberikan kerjasama.

Hal-hal seperti ini cukup tidak menyenangkan dan kerana itu ramai pengetua dan guru2 hidup tertekan kesan tekanan dan ugutan jika tidak akur perintah pegawai pendidikan daerah.

" Perbuatan seperti ini harus diperhentikan dan biarlah guru menumpukan perhatian di sekolah kecuali masa-masa cuti dan itupun tidaklah boleh pegawai pendidikan daerah diarah memaksa yang berkenaan hadir " Kata Datuk Azis lagi.


FST….THE SANDAKAN DISTRICT TENNIS ASSOCIATION (SDTA) WILL BE AGM ON THIS SUTURDAY


BY: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday Feb 28/2017

SANDAKAN:   The Sandakan District Tennis Association (SDTA) will hold its annual general meeting this Saturday.

SDTA president Fernando D. Rulloda said the AGM will be held at the SDTA club house off Mile 2 ½ Jalan Utara on Feb 25 at 2pm.

He reminded SDTA members to be at the club house before 2pm to register for the meeting.
 Fernando said he would present his report on SDTA activities and financial account during the AGM.

Notice of the AGM was placed on the notice board at the club house in January while a second notification was put up also on the SDTA notice board earlier this month. 

SDTA members were also notified of the AGM through the SDTA members WhatsApp Group.

This is the first AGM Fernando will be chairing after taking over the helm of SDTA last year. SDTA has more than 40 members.




FST.....WONG MP SANDAKAN LAWAT DUA PESAKIT DI HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN


OLEH: AZMIE AZMAN -FST
Tuesday Feb. 28/2017

SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen walaupun dipihak parti pembangkang  namun tugas dan tanggungjawabnya serupa juga dengan wakil-wakil rakyat dipihak kerajaan tidak jauh bezanya  untuk menjaga kebajikan rakyatnya.

Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan sempat berkunjung ke wad Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk menziaraihi dua orang pesakit yang sedang terlantar di wad berkenan  ia itu  Max Million Lee dan seorang lagi Setiausaha Akhbar  kepada Ahli Prlimen Sandakan yang juga sebagai Pengarang Kanan Media Portal Free Sandakan Today Online iaitu  Shaimon S Jumadi di dimasukan ke Unit ICU kerana  kena serangan jantung dan sesak nafas.


Kini  Shaimon sudah  beransur pulih selama 10 hari dia menjalani rawatan di wad hospital dan kini dia sudah pun keluar wad dan sudah mula menjalankan tugas-tugas rasminya.


Dalam pada itu Shaimon bagi pihak se;luruh anggota keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Wong sejak Shaimon di masukan ke wad hospital sejak  01 Feb hingga 26-Feb 2017 keluar masuk wad Wong tidak putus-putus menziarahi Shaimon  semasa berada di wad  berkenaan

Dengan ini saya Shaimon  juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doctor- Staff Nurse dan Jururawat kerana memberi layanan baik semasa   saya berada di wad hospital selama 10 hari dan dua hari saya berada di Unit ICU tidak sedarkan diri.


“Terima kasih juga saya ucapkan atas lawatan ke Unit ICU Datuk Yusri Asgali keluarga-keluarga serta rakan-rakan yang tidak putus-putus melawat saya semasa  saya terlantar di atas katil wad berkenaan semoga Allah saja yang membalaskan segala kebaikan mereka,,,Amin: Jelas Shaimon

Monday 27 February 2017

FST…..DASAR MPS MENAIKAN CAJ PARKING WARNA KUNING TEKAN KEHIDUPAN RAKYAT DAKWA WONG.



OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Feb 27/2017 Monday

SANDAKAN:- Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan system kupon letak kereta bermula pada 1hb Mac ini  disamping menaikan kadar caj petak  letak kereta berwarna kuning  dari RM.030 sen hingga RM.050  ia disifatkan dasar yang keterlaluan dan tidak wajar dilaksanakan kerana menekan kehidupan rakyat.

Kata Wong, petak kuning merupakan tempat letak kereta yang amat memerlukan oleh para pemilik kereta, kini jika dinaikkan 60%, maka akan menambahkan beban pemilik kereta, dan akan menyebabkan ramai orang tidak ingin pergi ke bandar, menyebabkan keadaan di bandar Sandakan bertambah teruk.

Wong berkata, MPS menaikkan caj petak kuning sebanyak 60% kepada 50sen, akan mengakibatkan pemilik kereta yang membayar RM3 sehari untuk letak kereta, kini ditambahkan kepada RM5 sehari.

Beliau berkata, ekonomi Sandakan kini merosot, harga barang melambung tinggi, tetapi MPS pula menaikkan caj letak kereta, ini tidak dapat diterima.

Wong menegaskan bahawa, MPS merupakan badan kerajaan tempatan yang membekalkan perkhidmatan kepada rakyat, tidak patut menaikkan caj dan cukai, mengaut wang hasil titik peluh rakyat jelata, tetapi tidak membuat kerja seperti mengendali kebersihan kawasan sekitar, sampah-sarap, air kotor merata-rata tempat, kemudahan awam rosak tidak diperbaiki dan sebagainya.

Wong menyeru wakil rakyat BN kawasan Sandakan, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri menyuarakan pendirian, sama ada bersetuju dengan MPS untuk menaikkan caj letak kereta. Sekiranya tidak bersetuju, Wong mencabar mereka untuk mengarahkan MPS membatalkan kenaikan caj petak kuning.

Wong berkata  lagi dasar kerajaan Barisan Nasional *BN) memang dasar memeras  menekan kehidupun rakyat di Negara ini sudahlah kadar GST dinaikan 8 persen sewa pasar juga dinaikan ini lagi caj parking akan dinaikan bukan kah ini kerja menyusahkan rakyat namanya  siapa berani nafikan.


FST….BAKAL CALON PRU14



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Feb. Monday 2017/27

SAYA selalu bertanya dan ketemu kawan-kawan di sekitar tentang diri mereka yang mahu sangat jadi calon. Memang macam-macam saya dengar.

" ada hantar profile tebal dan lengkap. Haji kenal ini orang" Lata YB, saya senyum tanpa komen. Begitulah macam mohon kerja.

Orang yang mudah menang biasa tidak sombong, tidak takbur memiliki akhlak yang baik dan kalau yang jenis lokek minum kopi o asyik sendiri dan tapok-tepok  janganlah bercita-cita.

Bercita-cita mahu jadi calon itu bukan larangan. Sesiapapun boleh berkeinginan dan mencuba tetapi kena lihat dulu kemampuan diri.

Ada duit banyak tetapi tidak mesra dengan rakyat dan hanya mendekat di musim dekat election rasa itu tidak juga boleh.

Ada yang selalu dekati rakyat hanya kelompok-kelompok tertentu tidak juga boleh sebab pengundi satu-satu kawasan DUN biasanya sekitar 20-30, 000 orang dan memang sukar.

Biasanya yang mahu jadi calon ini kena berkerja sejak awal seperti berkorban adakan ceramah dan biayai sendiri dan adakan dua tiga kali ceramah kelompok dan sudah punya ahli yang ramai direkodkan dan mereka itu pengundi di kawasan berkenaan.

Kita tak kira apa bangsa, dari mana asal rakyat Malaysia, tidak melanggar peraturan SPR dan disukai rakyat setempat, maka itu bolehlah tiada masalah asal diyakini menang.

Yang lain bila sudah menang misalnya, maka kemampuannya memimpin juga harus difikirkan dan bila berada di DUN atau MP haruslah bisa berhujah dan di situ tentulah ILMU diperlukan, sekurang2nya tahu sedikit undang2, ekonomi, agama dan macam-macam dan kita tidak mahu pula asyik duduk memanaskan kerusi di DUN atau parlimen sebab tidak tahu apa ahli-ahli parlimen hujahkan dan kesannya diam membatu terima elaun bulanan.

Saya perhatikan YB-YB yang biasa menang meski ada ILMU tetapi bila di DUN atau parlimen sikap mereka macam ayam mati kesan barangkali takut bersuara atau memang tidak membuat kajian. Inilah masalah wakil rakyat kita yang tidak berilmu dan tidak tahu berhujah kesan ILMU kurang atau yang lawan di parlimen terdiri mereka mantan professor, pakar ekonomi, agamawan dan segala macam bidang.

Nah, jadi banyak sangat yang harus dipertimbangkan dan itu selalu saya katakan kena nilai diri dan kena sedar diri atau kalau tidak punya kemampuan sebaiknya biarlah di belakang dan menyokong saja macam saya, berikan semangat dan dorongan untuk melawan BN dan dengan kata-kata dan jangan pula dimatikan semangat juang.

Lawan tetap lawan dan Sabah mesti kita ubah Saya hanya mahu menulis dan berusaha memberikan semangat, motivasi dan memberikan keyakinan kepada bakal-bakal calon untuk pastikan WARISAN bakal perintah Sabah selepas PRU-14 nanti dan siapapun dicalonkan dan kepimpinan pilih maka kita siap bersatu menangkan calon makna menangkan parti dan menang parti makna memerintah semua memang untuk membantu rakyat, membela rakyat melalui parti Warisan.
Insya Allah


FST.....WONG GESA KPDNKK-KERAJAAN JELAS RAKYAT TIADA BEKALAN MINYAK MASAK PAKET 1KG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Monday Feb 2017/27



SANDAKAN:- Ketiadaan  bekalakan minyak masak  paket 1kg subsisi dipasaran  sekarang khususnya didaerah Sandakan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt menggesakan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi penjelasan dengan terperinci  kepada rakyat jelata berhubung masalah tersebut.
Kata beliau, menteri berkenaan  dan pegawai kerajaan BN berjanji kepada rakyat, akan membekalkan minyak masak yang mencukupi untuk dibeli oleh rakyat miskin, tetapi nampaknya hanya bercakap kosong sahaja.
Setelah menerima aduan daripada rakyat, Wong meninjau ke pasaraya dan mendapati seluruh Sandakan kehabisan minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan.
Wong berkata, semasa kerajaan mengumumkan pembatalan subsidi minyak masak pada 1 November tahun lepas (2016), telah menjamin bahawa minyak masak paket 1kg yang bersubsidi mencukupi di pasaran, tetapi kini di mana bekalan minyak?
Beliau berkata, disebabkan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan, rakyat yang miskin terpaksa membeli minyak masak yang tidak bersubsidi, menambahkan beban mereka, menyebabkan kehidupan rakyat bertambah susah.
Wong mendedahkan bahawa, menurut maklumat yang diperoleh, minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan kehabisan stok di pasaran, adalah berpunca daripada kerajaan. Pembekal tidak lagi membekalkan minyak masak paket 1kg bersubsidi, sebab tidak mendapat keuntungan selain subsidi kerajaan. Kerajaan hanya mengarahkan pembekal membekalkan minyak masak, tetapi lambat membayar subsidi kepada pembekal, oleh itu pembekal terpaksa berhenti membekalkan minyak masak bersubsidi.
Wong menghentam kerajaan membatalkan subsidi minyak masak, dan kini minyak masak paket 1kg yang kekal bersubsidi juga kehabisan stok, apa yang kerajaan BN sedang buat?
Kata Wong, di bawah pentadbiran BN, tiada barang yang tidak naik harga, selepas pembatalan subsidi minyak masak, harga minyak masak naik dengan segera, dan dikatakan harga beras akan naik bermula bulan depan.
Wong juga tidak berpuas hati dengan wakil rakyat BN kerana tidak membantu untuk menyuarakan masalah berkenaan, menghampakan rakyat. Harga barang melambung tinggi menjejaskan peniaga dan rakyat, terutamanya peniaga, GST telah dibayar tetapi rebat masih belum kelihatan, menyebabkan ramai peniaga tidak dapat bertahan dan terpaksa gulung tikar.
Kata beliau, kerajaan BN harus memahami kesukaran rakyat, menteri-menteri dan pegawai tinggi semuanya bergaji tinggi, rakyat jelata pula yang sengsara.
Wong berkata akan bertemu dengan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kawasan Sandakan pada 27 Feb, untuk mendalami punca kehabisan stok minyak masak paket 1kg bersubsidi.
Selain itu, Wong juga akan mengemukakan masalah tersebut dalam persidangan Parlimen yang bakal diadakan pada 6 Mac ini
Top of Form
Like
Love
Sad
Angry

Wednesday 15 February 2017

FST….. NEGARA MALAYSIA PASTINYA BAKAL DITIMPA MALAPETAKA DAN BALA BESAR BILA KEBANJIRAN 1.5 JUTA BANGLADESH KE MALAYSIA NANTI



OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAD (FST- PJ)
Rabu Feb. 2017-15

PUTRAJAYA:- JIKA benar apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamadi bakal membawa masuk rakyat Bangladesh ke Negara ini yang berjumlah 1.5 juta Negara Malaysia akan ditimpa bala dan melapetaka bila mana kebanjiran besar-besaran rakyat Bangla ini nanti.
Jumlah Bangladesh yang akan di bawa masuk 1.5 juta bukan angka kecil jadi di mana mahu meletakan rakyat Malaysia jika peluang pekerjaan semuanya telah dibolot oleh Bangla nanti. 
Walaupun kemasukan bangla ke Negara ini  secara beransur-ansur tetapi lama kelamaan jumlahnya jadi lebih besar  bila sudah ramai 1.5 juta Bangladesh duduk di Negara ini 68 peratus di berikan taraf sebagai  warga Negara Malaysia sudah tentu banyak perkara-perkara buruk akan berlaku rakyat Malaysia yang menanggung akibatnya menjadi sasaran utama jadi mangsa keadaan  seperti samun-rampokan dan kes rogol. 
Sudahlah wanita Malaysia 89 peratus kegatalan dengan lelaki Bangla 90 peratus mereka sudah berkahwin dengan lelaki bangsa ini akan bertambah masalah besar yang paling rumit yang sukar dipantau.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat secara berperingkat berdasarkan permintaan pasaran dansekaligus. 
Putrajaya hari ini mempertahankan tindakannya bersetuju membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh 3 tahun. 
Beliau yang juga menteri dalam negeri menidakkan kritikan pihak yang menganggap kerajaan cuba mengambil untung daripada levi yang dikenakan ke atas pekerja terbabit.
 “Mereka perlu ingat pengambilan pekerja ini berdasarkan permintaan pasaran dan bukan kita yang mahu suka-suka bawa mereka masuk,” katanya di Putrajaya hari ini.
KENYATAAN  RASMI  ZAHID
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan dan Pengurusan Industri Halal Malaysia.
Kata Zahid, Putrajaya akan menghantar Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot bagi menandatangani perjanjian persefahaman berhubung perkara itu dengan Dhaka, selepas Kabinet memberi lampu hijau. 
Dhaka sebelum ini dilaporkan sudah meluluskan draf perjanjian tersebut.
Zahid pertama kali mengumumkan perkara itu pada Jun tahun lepas, mengatakan langkah itu bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.
Bagaimanapun, ia mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutamanya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). 
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Krishnam berkata, lebih baik kerajaan membekalkan latihan secukupnya dan gaji setimpal kepada pekerja separa mahir tempatan untuk diserapkan ke dalam sektor yang ketika ini kurang diminati warga Malaysia.
Ia juga berkata, langkah itu bertentangan dengan polisi negara untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
Kesatuan sekerja turut mendakwa, keupayaan membuat keuntungan sehingga 50% daripada perkhidmatan perniagaan pembekal pekerja asing menjadi penyebab industri berkenaan begitu menguntungkan dan terdedah kepada penyalahgunaan kuasa.
Kedua-dua MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) juga mendakwa, pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya “permintaan” terhadap 1.5 juta pekerja baharu yang dirancang dibawa masuk dari Bangladesh itu.



FST…KG SINUA PENGSIANGAN DAPAT BEKALAN AIR PAIP DARI PROJEK DAP


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Wednesday Feb. 15/2017

Tuesday 14 February 2017

FST……RUMAH TERBUKA CNY ANJURAN DAP DAPAT SAMBUTAN HANGAT…..WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday Feb. 2017/14
SANDAKAN:- Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bahagian Sandakan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2017 baru-baru ini.
 Majlis yang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang yang diadakan disebuah Restoran  Futsal KM 7.8 Jalan Utara itu telah mendapat sambutan hangat dan ramai pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut termasuk ahli-ahli parti.
Pada majlis tersebut  dihadiri oleh Ketua Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong Tien Fatt mengetuai pemimpin-pemimpin, ahli Wanita DAP dan DAPSY Sandakan menyambut kedatangan orang ramai dan meraihkan bersama.
Pada masa yang sama, DAP juga mendapat sokongan daripada 301 kaum Melayu dari Lahad Datu menyerahkan borang kemasukan, dan diterima oleh Lim Kit Siang. Upacara kemasukan tersebut memeriahkan lagi suasana pesta tersebut.
Semasa memberikan ucapan, Stephen Wong mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Sandakan yang mengharungi cabaran bersama-sama, dan kehadiran kalian merupakan galakkan dan sokongan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP, mendorong mereka bertambah usaha untuk mencapai perubahan masa hadapan.
Wong menegaskan bahawa, kalian harus menyokong Pakatan Harapan untuk "UBAH", jika tidak masa depan negara tidak dapat dibayangkan. Kata beliau, kini ekonomi merosot, rumah terbuka Tahun Baru Cina berkurangan, wang tidak cukup dan harga barang melambung tinggi kerana kerajaan kita rasuah, menakutkan pelaburan asing, dan MO1 adalah Bapa Rasuah.
Wong berkata, pilihan raya umum bakal datang, dan banyak parti politik berkata ingin mempertahankan hak dan kepentingan orang Sabah. Pada hakikatnya, selama 50 tahun penubuhan DAP, DAP giat dan gigih memperjuang serta mempertahankan hak dan kepentingan rakyat, bukan sahaja demi Malaysia, tetapi juga untuk negeri Sabah.
Beliau menekankan bahawa, objektif DAP amat jelas, iaitu menukar kerajaan, dan semestinya berharap menjadi kerajaan yang integriti dan bertanggungjawab, jika tidak maka akan terus menjadi parti pembangkang untuk rakyat, tidak akan mengkhianati rakyat.
Beliau juga berkata akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dalam pilihan raya yang akan datang, dan mengetuai rakan-rakan DAP untuk bersaing kerusi yang berpeluang menang, diharapkan rakyat Sabah memberi sokongan penuh.
Ketua Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang semasa memberi ucapan dalam Pesta Tahun Baru Cina DAP Sandakan bertanya : Perdana Menteri berkata di Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang berbincang tentang mengembalikan hak dan kepentingan menurut Perjanjian Malaysia, bagaimana pula dengan Sabah? Sabah sepatutnya sama, dan rakyat Sabah berhak mengetahui sama ada hak dan kepentingan Sabah akan dikembalikan.
Beliau berharap rakyat Sabah menunjukkan ketidakpuas hati terhadap hak dan kepentingan yang telah hilang, dan berjuang mendapatkan hak dan kepentingan milik Sabah, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan perlu ditukar.
Pada pendapat Lim, kuasa pentadbiran Sarawak dan Sabah harus diserahkan kepada kerajaan negeri, bukannya kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan persekutuan memegang kesemua kuasa, terutamanya Menteri Wilayah Tengku Adnan, mencadangkan supaya Pulau Pinang menjadi Wilayah Persekutuan, ingin menghapuskan kerajaan negeri Pulau Pinang, adakah cadangan sebegini boleh diterima?
Lim berkata, manakala Labuan di Sabah, tahun 1980 Harris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan supaya Labuan mendapat jagaan kerajaan pusat, menjadi “Singapura kecil”, tetapi akhirnya Labuan bukan sahaja tidak dapat menjadi “Singapura kecil”, malah tidak setanding Kangar di Perlis, kini mana mungkin ingin Pulau Pinang menjadi seperti Labuan?
Lim menegaskan bahawa, perkembangan negara harus menuju ke hadapan, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus berubah bersama-sama, dan rakyat harus mengubah kerajaan negeri dan persekutuan bersama-sama, barulah negara mempunyai harapan.
Beliau berkata, terdapat khabar angin bahawa DUN Sabah akan dibubarkan lebih awal, pilihan raya dikatakan akan diadakan pada bulan April, tetapi ada yang berkata menyokong parti tempatan, jangan menyokong parti nasional, ini adalah tidak rasional.
Beliau berkata, DAP bukan sahaja parti nasional, malah juga parti tempatan, mempunyai ahli parlimen dan ADUN, dan bersedia untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain, tetapi tidak dapat kompromi untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri.
Lim berkata, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong berkuasa untuk memutuskan bertanding berapa kerusi dan calon yang bertanding, dan berkuasa penuh untuk mewakili DAP Sabah berbincang dengan parti pembangkang tempatan.
Beliau berharap, tidak kira bila pilihan raya diadakan, rakyat Sabah harus bersatu padu, memberi sokongan penuh kepada Pakatan Harapan (PR) untuk meraikan kemenangan hingga  berjaya membentuk kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh AMANAH-DAP dan PKR sebagai rakan komponen parti  Pakatan Harapan.






FST….1.5 JUTA RAKYAT BANGLADESH MASUK KE -NEGARA INI 80% BERKAHWIN DENGAN WANITA MELAYU MALAYSIA



OLEH: SHAIMON S JUMADI- FST
Tuesday 2017/14 February

KEBIMBANGAN rakyat kini mulai dirasai di selelruh pelusuk tanah air di Negara ini apabila kerajaan Malaysia akan membawa masuk pekarja asing dari Bangladest seramai 1.5 juta bersamaan dengan 500,000 ribu orang.
Jumlah setengah juta Bangla yang akan datang ini dan duduk bekerja atau sebaliknya di Negara ini bukan jumlah yang kecil ia macam-macam boleh berlaku kalau sejumlah itu berada di Negara ini pasti kegiatan jenayah seperti merogol, merompak dan sebagainya meningkat ketahap yang membimbangkan.
Walaupun Negara ini mempunyai anggota keselamatan yang mencukupi untuk mengawal bolehkah semua kawasan-kawasan tertentu di kawal dengan rapi untuk mengelakan sesuatu perkara buruk berlaku yang bakal dilakukan oleh rakyat Bangla.
Kesimpulannya kalau ramai sudah pemilik sector perladangan dan sector binaan berminat mengambil bangsa bangla untuk bekerja nanti bagaimana nasib kedudukan rakyat Malaysia yang kini masih banyak yang menganggur tidak mempunyai  sebarang pekerjaan untuk menyara kehidupan harian,
Ini jelas Kerajaan Malaysia khususnya di tadbir oleh Barisan Nasional (BN) menutup rezeki kepada anak-anak tempatan sendiri menjadi pengangguran orang lain pula mengecapi kesenangan di Negara orang.
Begitu juga halnya kebanjiran bangla datang ke Negara ini ia akan membawa perhatian besar oleh para wanita Melayu kerana lelaki Bangla menjadi pujaan hati dan kegilaan kepada kaum wanita ada yang sanggup berkawin dengan lelaki asing yang tidak tahu asal usul dan keturunannya.
Masalah kedua kebanjiran Bangla ke Negara ini sudah tentu mereka mendapat layanan istimewa daripada kerajaan Malaysia kerana bangsa Bangla ini telah menyumbang bakti tenaga mereka untuk membangun Negara ini dalam industry sector binaan dan sector perladangan kemudian diberikan kemudahan iaitu Mykad yang bertaraf sebagai warganegara Malaysia.
Bila mereka sudah mendapat kad pengenalan bertaraf warganegara Malaysia sudah tentu kedudukan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi kerana taraf mereka sama dengan bangsa Melayu-India dan Cina di Malaysia.
Bila rakyat 1.l5 juta sudah diikhtiraf sebagai warganegara Malaysia mereka mempunyai hak untuk mengundi bila menjelangnya PRU14 nanti ini disifatkan sebagai menguntungkan UMNO dan BN kerana 1.5 juta terang-terang menjadi hak mutlak UMNO-BN erti kata lain jadi pengundi tegar UMNO/BN.


FST….DUSTA-BOHONG BN JANJI AKAN BERI HAK MILIK SENDIRI RUMAH PPR TAMAN MESRA SELEPAS PRU13 LALU? DAKWA HAMZAH



OLEH: SHAIMON S JUMADI -FST
Tuesday Feb. 2017-14

ELOPURA:- Sampai bila para penduduk Flat  Program Perumahan Rakyat (PPR)  Taman Mesra seumur hidup membayar sewaan bulanan daripada menjadi hak milik rumah sendiri.

Pengerusi AMANAH Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah  telah mempertikaikan kedudukan PPR Taman Mesra dan katanya  terbukti pengkhianatan janji-janji piliharaya UMNO/BN.

Katanya calon-calon  BN yang berkempen  masuk ke kawasan Taman Mesra sejak dari PRU  12 lagi mereka telah di tabur janji  hingga masa berkempen untuk  PRU13 yang mereka akan tukar terma/syarat dlm perjanjian sewa flat MPS dari yang sedia ada yang tidak memberikan hakmilik kpd penyewa kepada  terma/syarat sewa beli (Hire Purchase) dan tidak menjadi kenyataan hanya omong-omong kosong saja untuk menarik minat penduduk di kawasan perumahan Taman Mersa supaya mengundi semula calon-calon BN  tetapi semuanya hampa belaka.

Hamzah berkata para calon-calon BN yang masuk ke kawasan Taman Mesra semasa berkempen PRU13 lalu kerana mereka tahu ramai penduduk Taman Mesra bukannya 100 peratus mengundi di kawasan  Elopura sebaliknya mereka ada yang mengundi  dikawasan  Sungei Sibuga-Gum-Gum-Karamunting-Sekong-Kinabatangan-Kuanut dan Beluran  mereka menabur pelbagai janji sekiranya rakyat memberi mandate semula kepada kerajaan BN maka penduduk akan memiliki rumah milik sendiri di Flat Taman Mesra serta merta tapi tiada menjadi kenyataan memang benar para calon BN pandai memperbodoh-bodohkan penduduk Taman Mesra  untuk mencari pengaruh undi.

Akan tetapi jelas Hamzah lagi hingga saat ini, penyewa flat terus kekal dgn perjanjian lama, tiada perubahan sebagaimana dijanjikan. Malah, yang lebih zalim, kalau  sewa tidak dibayar ubtuk tempoh  3 bulan berturut-turut, flat akan disita, dan akan diberi kepada orang lain yang sanggup main under table tidak kira seseorang itu bertaraf warganegara Malaysia ataupun PATI asalkan mereka sanggup membayar tunggakan tiga bulan itu kepada pihak MPS memang layak dapat duduk dan tinggal di perumahan Taman Mesra untuk seumur hidup selagi mampu membayar sewa bulanan. 


FST…..TAK PENAT HARI-HARI FITNAH SAYA? ( termasuk DS Shafie Apdal)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Selasa Feb. 2017/14

HAIRAN kerja mereka itu asyik memfitnah dan mencipta yang AUTA. Dulu dikatakan saya kerja di DBP dan makan duit berjuta/melesapkan duit DBP, sedang saya tak pernah kerja di DBP. Betul2 gila!

Lepas itu saya pula konon yang bawa orang PKR melompat ke WARISAN, apa saja kuasa saya ini ajak mereka melompat? lalu dikatakan saya mendapat bayaran berjuta-juta hingga saya ini kaya raya, padahal saya ini tidak juga kaya dan tidak juga miskin sangat dan tidaklah pernah meminta-minta. Pantang keturunan saya meminta-minta.

Saya konon meninggalkan PKR sebab PKR tak beri gaji lagi, padahal 15 tahun saya di PKR duduki kerusi ketua penerangan Sabah dan Pengarah komunikasi PKR Sabah, haram satu senpun saya tak terima malah sekitar 100-200 ribu saya korbankan bantu PKR. Memang gila tuduhan demikian.

Bila saya di WARISAN siang malam mereka fitnah saya dan mereka katakan saya bergaji RM10,000 sebulan dan ada kata RM20,000 dan kenapa saja tidak dikatakan RM100,000 sebulan? Memang lucu dan lagi2 gila.

Konon saya kekepinginan mahu jadi calon, kalau memang saya mahu jadi calon tentu saya tak letak jawatan penting dalam PKR setahun lebih lalu sebelum DSP Lajim Ukin / Darel dan lain tinggalkan PKR dan kerana dituduh konon mahu jadi calonlah saya meletakkan jawatan dan cuma kekal sebagai ahli biasa tanpa jawatan.

Saya sebenarnya memang berniat hanya berperanan sebagai penulis dan bukan politikus dan kerana itulah saya tidak mahu duduki apa-apa-apa jawatan baik di PKR termasuk di WARISAN, malah saya sendiri hanya menjadi ahli kepada parti Keadilan Sabah saja dan itulah parti pertama akhir dan tuduhan saya KATAK itu sama sekali tidak benar.

Saya hanya menulis dan membuat analisis/kajian serta membicarakan yang dikira benar bagi pandangan saya dan jika tak benar sesiapa saja boleh berhujah dan hujah hendaklah dengan agumentasi yang boleh meyakinkan membaca dan bukan main hentam keromo hina menghina peribadi.

Saya sebenarnya tidak ingin menjawab hal-hal remeh yang tidak mendatangkan apa-apa dan terang-terangan FITNAH dan biarlah rakyat memikirkan dan akhir Allah juga yang tahu apa yang saya perjuangkan sama ada saya memfitnah, berdusta atau menerima bayaran/gaji dari parti.

DEMI ALLAH sekali lagi saya jelaskan yang saya tidak pernah menerima apa-apa gaji dari parti PKR atau WARISAN atau mana-mana parti dan saya menulis kerana SUKA dan usaha memperkatakan apa yang benar berdasarkan apa yang saya lihat dan perhatikan.

Yang benar itu dari Allah dan jika salah tentulah kesalahan saya sendiri tetapi saya berani kerana saya rasa saya benar dan kalau sebaliknya itu diluar pemikiran saya tetapi seperti saya kata sesiapa boleh hujah pandangan dan setiap ISU yang saya angkat.

Salam Warisan dan rakyat Sabah kena ubah dan harus berkerja keras demi anak cucu cicit kita sekarang dan mendatang.
Sabah mesti berubah
Tidak boleh tidak mesti
Kena ubah
kena berubah
UbahSabah
UbahSabah
Warisan bangsa
Terus!
terus!


FST……AHLI POLITIK SIKAP KEBUDAK-BUDAKAN DALAM FB


( tapi ada anggap professional)

OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Tuesday 14/2017 February


Dalam kerajaan juga sama, ada menteri konon mahu keluar parti dan kenyataan itu ditulis oleh penulis upahan bukan dari menteri sendiri dan inilah cara menteri bersilat dan mahu menipu untuk niat sesuatu yang ramai juga orang tahu.

Mungkin saja dalam kerajaan menteri berkenaan tidak duduki menteri banyak wang atau banyak projek, maka ia suarakan demikian setelah menafikan bakal diberikan kerusi menteri Kemajuan Luar Bandar untuk mudah ia songlap duit di sana diberi secara NEGO dan kebetulan projek negeo hanya dua menteri saja yang berkuasa iaitu menteri Kewangan Malaysia Najib dan Musa bin Aman. Ini fakta bukan auta. Menteri lain tidak ada kuasa. Titik.

Jadi, sang menteri arahkan penulis kaki bodek, upahan menulis arahan menteri dapat upah maka itu menjadi ISU dan kemudian PMpun menafikan dan nanti ia juga sama menyatakan dan menafikan. Inilah permainan yang dikatakan professional tetapi bagi saya itu politik TAHI KUCING yang terus menipu rakyat jelata.
Dalam pembangkang juga sama.

Ada yang bergiat terus mencari ahli, anjur ceramah di mana-mana guna wang sendiri dan beribu ahli berkorban apa saja dan dalam kerancankan itu tiba-tiba muncul grup WHATSAPP dua tiga dan mula bersuara mahukan orang lokal tetapi hanya timbul di grup Whatsap/orang kampung sendiri tidak suka tetapi ia pula berlagak macam ayam jantan dan akui dirinya hebat dan ramai pengikut tetapi tidak bergerak dan minum kopi juga sendiri-sendiri  kecuali sejak kebelakangan ini tahulah dia menelefon kawan-kawan.

Kemudian yang muncul tiba-tiba ini mula mencipta namanya dan ia akui dia hebat dan punya kelulusan dan layak menjadi calon tetapi orang kampung sendiri tidak suka dan kala disebut namanya maka semua orang memalingkan muka dan bagi simbol TERMUNTAH.

Ada juga yang siap kempen ke sana sini akui hebat sedang derma masjid ia ambil sepenuhnya dan banyak teman-teman dia tipu dan kalau yang demikian jadi pemimpin maka parti jadi rosak malah lebih buruk banding pemimpin BN yang korup.

Kalau mahu tanding, lihat wajah di cermin dan perlu teliti diri sendiri dan tentu saja pertama punya kelulusan, ada sedikit dana, baik sama orang kampung dan ramai suka/kalau muka macam hantu dan sombong satu macam, baik jadi pengikut sahaja dan menyokong mereka yang berkeupayaan.

Paling sadis dan saya kata " macam sial" ialah bila saya baca nota baik di Facebook atau Whatsapp katanya kalau tidak dipilih jadi calon, ia akan meninggalkan parti dan bawa orang-orangnya meninggalkan parti untuk undi parti BN dan ini memang benar-benar sial dan jahat khianat tapi tidaklah bangsat.

Pembangkang/pejuang harus ada sikap BERJUANG dan BERKORBAN. Berjuang saja tidak cukup sebab yang tadi berkata akan lompat makna ia juga berjuang tetapi berjuang untuk kepentingan diri dan yang kita mahu ialah BERKORBAN sekaligus.

Perjuang dan berkorban maknanya siap apa saja yang ia lakukan kerana Allah semata dan bukan kepentingan diri atau jawatan dan inilah yang kita mahukan sepertinya Nabi Ibrahim berkorban kerana Allah semata.

Kepada pejuang yang mahu menumbangkan BN, maka bersiaplah bersatu/nekad tak peduli siapa calon dan asal dan janji pada diri jangan sekali-kali dikasih undi sama BN dan saya mohon demi kebaikan undi sebuah parti yang di dalamnya pelbagai bangsa dan dengan demikian kita akan ulangi lagi sejarah PBS dan BERJAYA yang merupakan satu parti pelbagai bangsa muncul sebagai juara.

Tidak ada lain, kita naiki perahu yang boleh selamatkan semua umat dan binatang berpasangan seperti yang dilakukan oleh Nabi Nuh. Tidak perlu saya jelaskan parti mana, apa yang saya katakan cukup jelas. Ada otak tak cukup, guna akal dan jangan otak kepala otot.
Sabah mesti berubah