Monday, 13 February 2017

FST……HUJAH PROVOKASI ( kasus IKON WARISAN)


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Feb  Monday 2017/13

KALANGAN kita ketika mahu hadiri sesuatu majlis berhujah rasa-rasa adalah yang bukan niat mahu mendapatkan ilmu sebalik niat mahu memalukan dengan segala macam provokasi dan ini rasanya bukan untuk kebaikan sebalik mencari kelemahan.
Dalam satu-satu acara tidak semua soalan harus dijawab dan ada kalanya jawaban didiamkan sebab jawaban itu merupakan STRATEGI atau tidak perlu diwar-warkan kala tidak membawa makna dan cara terbaik biarkan saja sebab tiada kaitan.
Ada kalanya ahli penal sengaja tidak menjawab dan diserahkan kepada yang sesuai menjawab atau sang ketua sebab menghormati sang ketua dan tidak boleh melebih-lebih dan sikap ini makna hormat atasan dan inilah yang selalu diajarkan kepada ahli-ahli warisan jangan melampau dan mengada-ngada harusnya selalu bersikap merendah diri.
Kasus yang terkait IKON WARISAN yang saya anggap anak muda yang punya potensi kebetulan ibunya saya kenal dan ibunya minta saya nasihati dan mendidik, maka saya lihat ia punya potensi yang cukup baik dan tingkahnya cukup sopan dan hormat orang dan olah sikap demikian cukup saya hormat bukan kerana dia puteri teman saya tetapi sikapnya itu saya sanjung dan puji berani berhadapan dengan khalayak dan ia harus jadi model/ikon dan sesuailah ia dikatakan IKON WARISAN.
Saya memerhatikan mereka yang berkenaan menyoal isu sebenarnya bersikap provokasi atau jelas tidak ikhlas atau memang tidak tahu sistem peraturan kabinet dan kerana itu dia bertanya dan pertanyaan kenapa DS Shafie tidak perjuangkan apa mahunya Sabahan kala duduki kerusi menteri kabinet, maka itu yang berkenaan kena faham peraturan-peraturan kabinet tidak boleh menentang dasar kerajaan dan tidak boleh bercakap di luar kabinet dan jika bercakap di luar kabinet maka jawabnya PECAT dan itu yang terjadi terkait kes 1MDB DS Shafie dipecat. Harap ini dimengerti.
Saya tidak berada di lokasi dan tidak tahu cerita selanjutnya tetapi apa yang diperkatakan oleh IKON WARISAN kepada saya jelas dia cukup menghormati dan soalan-soalan  yang mengaitkan DS Shafie itu layak dijawab oleh ketua WIRA sendiri yang ada bersama ketika itu dan itu tanda hormatnya anak muda kepada yang lebih matang dan dewasa dan ini merupakan sikap anak-anak WARISAN tanda hormat bukan melebih-lebih atau menunjuk lagak.
DS Shafie Apdal dalam ucapan-ucapan dan yang selalu ia pesankan kepada saya secara direct agar menasihat ahli-ahli WARISAN selalu berlagak seperti pohon beringin melindungi dan terus merendah diri dan elak sombong, ambung, takbur dan sikap-sikap semacam ini harus diamalkan jika mahu menjadi pemimpin yang baik.
Demikian adanya dan sila diperhatikan kekadang yang ada dalam acara berhujah tidak semua ikhlas mahu bertanya tetapi lebih kepada PROVOKASI mahu memalukan dan ini kena faham dan sebaiknya tidak perlu diambil peduli dan ahli-ahli WARISAN harus terus bergerak ke depan tanpa peduli segala cabaran dan kritikan atau olah memalukan kala mereka sebenarnya tertekan kesan sambutan rakyat terhadap WARISAN diluar jangka.


No comments:

Post a Comment