Monday, 13 February 2017

FST……..UMNO KEHILANGAN SEPANGGAR? ( Juga Petagas Pada PRU14)


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Feb, 2017/13 Monday

MASALAH tanah untuk 3 kampung yang dijanjikan dan kemudian tanah diperkatakan diserahkan kepada sebuah syarikat kendalian DBKK kononnya tidak menjadi dan itu menyebabkan penduduk NUMBAK marah dan UMNO akan menerima padah di PRU-14 nanti.

Kebetulan YB Jainab bukan asal sana sebalik Tawau dan itu menjadikan pengundi kalangan suluk/bajau marah, ditambah lagi selama ini Jainab menjadi wakil rakyat kehidupan pengundi di sana semakin susah, dipinggir dan menderita.

Karambunai telah terbagi dua dan satu kawasan kekal Karambunai dan sementara satu lagi dinamakan DARAU dan kedua lokasi ini terutama di Darau pengundinya sekitar 4-5000 orang telah menyertai WARISAN dan borang penyertaan telah diserahkan kepada Darell Leiking.

Baik kawasan Inanam akan kekal di bawah kuasa PKR dan dua DUN Karambunai dan Darau kelihatannya UMNO akan berputih mata sebab rata-rata mereka di sana akan mengajar YB Jainab/keadaan ini menjadikan Jainab tidur tak tenang dan makannya tak kenyang.

Sementara Yahya Husin di Petagas apa khabar?
Yahya yang sudah masuk penggal ke7 jadi wakil rakyat di sana mencecah sekitar 35 tahun dan sudah tua sebaiknya undur saja dan di sana sudah terbagi dua DUN iaitu DUN Petagas dan Dun Dumpil.

Jika dinilai PRU lalu dan ditolak undi tentera 3,500 orang, maka jelas Yahya hanya majoriti 120 lebih dan sekarang undi tentera kekal di kawasan baru namanya DUMPIL.

Ada kabar kemungkinan Yahya tidak akan diturunkan menjadi calon sebab orang di kawasan berkenaan sudah muak disamping faktor usia kesan yang di sana mahukan anak-anak muda.

Tetapi sumber yang boleh dipercaya kononnya Yahya akan pindah ke Dumpil untuk selamatkan diri kesan di sana ada 3,500 undi tentera tetapi tentera sekarang tidak boleh lagi diperlakukan semacam dulu dan di sana masih majoriti bukan tentera, jelas kelihatannya 50-50.

Ada orang UMNO mengatakan kawasan Petagas bukan lagi kawasan selamat sebab baru-baru ini ramai ketua2 cawangan dan orang kuat UMNO di Petagas meninggalkan UMNO dan lagi orang nombor dua Yahya dan yang ketiga semuanya sudah lanjut usia alias tua tak akan mendatangkan apa-apa jika diletakkan mewakili UMNO kecuali HILMI dan Jefry yang mungkin diturunkan tetapi Hilmi sendiri tidak mesra dengan penduduk di sana kesan rumahnya di Likas dan jefri pula asal Maruntum pasti tidak mungkin di Petagas/Jefri sendiri ada masalah.

Jelas kedua kawasan itu memang tidak selamat dan kelihatannya PETAGAS akan mudah jatuh ke tangan WARISAN dan demikian juga Tg Aru pengundinya di Sembulan dan Pulau Gaya. Cuma barangkali UMNO seolah merasakan selamat di Dumpil. Ini kali UMNO bakal dikubur di 6 kawasan kesan kehadiran atau kesan DS Shafie meninggalkan UMNO yang langsung tidak mereka sangka sebelum ini.

Soal MP Tanjung Aru juga bermasalah buat BN kerana wakilnya bukan UMNO dan sedang kawasan itu lebih kurang 80% Melayu dan islam agama, lalu kenapa pula orang lain jadi calon? apakah tidak ada bangsa Melayu asal lokasi berkenaan? Ini bakal menjadi telingkah dan jika gagal diselesaikan maka itu menyebabkan pengundi-pengundi kawasan berkenaan akan mengundi calon WARISAN di PRU akan datang.

UMNO sekarang ini memang dalam keadaan kacau dan berdasarkan apa yang saya amati PRU14 merupakan PRU akhir BN berkuasa dan siap bakal ditalkinkan.

Siap sedialah rakyat Sabah dan jangan lagi undi BN bersama kita kuburkan.


No comments:

Post a Comment