Tuesday, 14 February 2017

FST….DUSTA-BOHONG BN JANJI AKAN BERI HAK MILIK SENDIRI RUMAH PPR TAMAN MESRA SELEPAS PRU13 LALU? DAKWA HAMZAH



OLEH: SHAIMON S JUMADI -FST
Tuesday Feb. 2017-14

ELOPURA:- Sampai bila para penduduk Flat  Program Perumahan Rakyat (PPR)  Taman Mesra seumur hidup membayar sewaan bulanan daripada menjadi hak milik rumah sendiri.

Pengerusi AMANAH Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah  telah mempertikaikan kedudukan PPR Taman Mesra dan katanya  terbukti pengkhianatan janji-janji piliharaya UMNO/BN.

Katanya calon-calon  BN yang berkempen  masuk ke kawasan Taman Mesra sejak dari PRU  12 lagi mereka telah di tabur janji  hingga masa berkempen untuk  PRU13 yang mereka akan tukar terma/syarat dlm perjanjian sewa flat MPS dari yang sedia ada yang tidak memberikan hakmilik kpd penyewa kepada  terma/syarat sewa beli (Hire Purchase) dan tidak menjadi kenyataan hanya omong-omong kosong saja untuk menarik minat penduduk di kawasan perumahan Taman Mersa supaya mengundi semula calon-calon BN  tetapi semuanya hampa belaka.

Hamzah berkata para calon-calon BN yang masuk ke kawasan Taman Mesra semasa berkempen PRU13 lalu kerana mereka tahu ramai penduduk Taman Mesra bukannya 100 peratus mengundi di kawasan  Elopura sebaliknya mereka ada yang mengundi  dikawasan  Sungei Sibuga-Gum-Gum-Karamunting-Sekong-Kinabatangan-Kuanut dan Beluran  mereka menabur pelbagai janji sekiranya rakyat memberi mandate semula kepada kerajaan BN maka penduduk akan memiliki rumah milik sendiri di Flat Taman Mesra serta merta tapi tiada menjadi kenyataan memang benar para calon BN pandai memperbodoh-bodohkan penduduk Taman Mesra  untuk mencari pengaruh undi.

Akan tetapi jelas Hamzah lagi hingga saat ini, penyewa flat terus kekal dgn perjanjian lama, tiada perubahan sebagaimana dijanjikan. Malah, yang lebih zalim, kalau  sewa tidak dibayar ubtuk tempoh  3 bulan berturut-turut, flat akan disita, dan akan diberi kepada orang lain yang sanggup main under table tidak kira seseorang itu bertaraf warganegara Malaysia ataupun PATI asalkan mereka sanggup membayar tunggakan tiga bulan itu kepada pihak MPS memang layak dapat duduk dan tinggal di perumahan Taman Mesra untuk seumur hidup selagi mampu membayar sewa bulanan. 


No comments:

Post a Comment