Tuesday, 14 February 2017

FST…..TAK PENAT HARI-HARI FITNAH SAYA? ( termasuk DS Shafie Apdal)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Selasa Feb. 2017/14

HAIRAN kerja mereka itu asyik memfitnah dan mencipta yang AUTA. Dulu dikatakan saya kerja di DBP dan makan duit berjuta/melesapkan duit DBP, sedang saya tak pernah kerja di DBP. Betul2 gila!

Lepas itu saya pula konon yang bawa orang PKR melompat ke WARISAN, apa saja kuasa saya ini ajak mereka melompat? lalu dikatakan saya mendapat bayaran berjuta-juta hingga saya ini kaya raya, padahal saya ini tidak juga kaya dan tidak juga miskin sangat dan tidaklah pernah meminta-minta. Pantang keturunan saya meminta-minta.

Saya konon meninggalkan PKR sebab PKR tak beri gaji lagi, padahal 15 tahun saya di PKR duduki kerusi ketua penerangan Sabah dan Pengarah komunikasi PKR Sabah, haram satu senpun saya tak terima malah sekitar 100-200 ribu saya korbankan bantu PKR. Memang gila tuduhan demikian.

Bila saya di WARISAN siang malam mereka fitnah saya dan mereka katakan saya bergaji RM10,000 sebulan dan ada kata RM20,000 dan kenapa saja tidak dikatakan RM100,000 sebulan? Memang lucu dan lagi2 gila.

Konon saya kekepinginan mahu jadi calon, kalau memang saya mahu jadi calon tentu saya tak letak jawatan penting dalam PKR setahun lebih lalu sebelum DSP Lajim Ukin / Darel dan lain tinggalkan PKR dan kerana dituduh konon mahu jadi calonlah saya meletakkan jawatan dan cuma kekal sebagai ahli biasa tanpa jawatan.

Saya sebenarnya memang berniat hanya berperanan sebagai penulis dan bukan politikus dan kerana itulah saya tidak mahu duduki apa-apa-apa jawatan baik di PKR termasuk di WARISAN, malah saya sendiri hanya menjadi ahli kepada parti Keadilan Sabah saja dan itulah parti pertama akhir dan tuduhan saya KATAK itu sama sekali tidak benar.

Saya hanya menulis dan membuat analisis/kajian serta membicarakan yang dikira benar bagi pandangan saya dan jika tak benar sesiapa saja boleh berhujah dan hujah hendaklah dengan agumentasi yang boleh meyakinkan membaca dan bukan main hentam keromo hina menghina peribadi.

Saya sebenarnya tidak ingin menjawab hal-hal remeh yang tidak mendatangkan apa-apa dan terang-terangan FITNAH dan biarlah rakyat memikirkan dan akhir Allah juga yang tahu apa yang saya perjuangkan sama ada saya memfitnah, berdusta atau menerima bayaran/gaji dari parti.

DEMI ALLAH sekali lagi saya jelaskan yang saya tidak pernah menerima apa-apa gaji dari parti PKR atau WARISAN atau mana-mana parti dan saya menulis kerana SUKA dan usaha memperkatakan apa yang benar berdasarkan apa yang saya lihat dan perhatikan.

Yang benar itu dari Allah dan jika salah tentulah kesalahan saya sendiri tetapi saya berani kerana saya rasa saya benar dan kalau sebaliknya itu diluar pemikiran saya tetapi seperti saya kata sesiapa boleh hujah pandangan dan setiap ISU yang saya angkat.

Salam Warisan dan rakyat Sabah kena ubah dan harus berkerja keras demi anak cucu cicit kita sekarang dan mendatang.
Sabah mesti berubah
Tidak boleh tidak mesti
Kena ubah
kena berubah
UbahSabah
UbahSabah
Warisan bangsa
Terus!
terus!


No comments:

Post a Comment