Sunday, 12 February 2017

FST.... WONG GESA MPS KAJI SEMULA KENAIKAN CAJ GANTI SALIRAN KUMBAHAN BOCOR


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Sunday  February 12/2017

SANDAKAN:-  Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengenakan caj tinggi terhadap pemilik premis di kawasan bandar, untuk menggantikan  saliran kumbahan yang bocor dan rosak benar-benar membebankan dan menyusahkan penduduk setempat,

Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) Stephen Wong Tien  Fatt mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan MPS yang amat ketelaluan yang menyusahkabn rakyat dan menggesa   MPS supaya mengkaji semula caj yang tidak munasabah tersebut, dan mengutip bayaran mengikut harga pasaran secara saksama, jangan mengenakan caj sesuka hati.

Wong  memberitahu pejabatnya  sejak kebelakangan ini  terlalu banyak menerima aduan dari penduduk setempat  berhubung dengan kadar kanaikan  caj tinggi itu pembayaran  dengan sesukahati sahaja  mengenai penggantian  saliran kumbahan yang bermasalah.

Beliau mendedahkan bahawa, pemilik premis dikenakan caj melebihi RM1ribu hingga RM2ribu lebih, jauh tinggi berbanding dengan harga pasaran, ini tidak adil kepada pemilik premis.

Wong juga berkata, menurut pemilik premis, pihak MPS tiada memberikan sebarang notis pemberitahuan dan sebut harga sebelum kerja penggantian saluran kumbahan tersebut dijalankan.

Pada pendapat Wong, saluran kumbahan yang telah bocor dan rosak patut diganti baru, tetapi ia harus mengikut prosedur yang sewajarnya, yang paling penting ialah memberikan sebut harga yang munasabah, dan memberitahu pemilik premis serta mendapatkan persetujuan mereka, bukanlah menjalankan kerja secara diam-diam lalu mengenakan caj yang tinggi.

Kata Wong, disebabkan caj yang dikenakan oleh MPS terlampau tinggi, oleh itu harus kaji semula dan melaraskan harga yang munasabah, jangan mengenakan caj tinggi sesuka hati.
Beliau berkata, pejabat DAP Sandakan akan menyusul perkembangan isu tersebut, dan berharap Ahli Majlis yang baru dilantik, terutamanya Ahli Majlis kawasan Tanjung Papat prihatin dengan masalah tersebut, serta menegakkan keadilan untuk penghuni dan pemilik premis.


No comments:

Post a Comment