Tuesday 14 February 2017

FST……RUMAH TERBUKA CNY ANJURAN DAP DAPAT SAMBUTAN HANGAT…..WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday Feb. 2017/14
SANDAKAN:- Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bahagian Sandakan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2017 baru-baru ini.
 Majlis yang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang yang diadakan disebuah Restoran  Futsal KM 7.8 Jalan Utara itu telah mendapat sambutan hangat dan ramai pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut termasuk ahli-ahli parti.
Pada majlis tersebut  dihadiri oleh Ketua Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong Tien Fatt mengetuai pemimpin-pemimpin, ahli Wanita DAP dan DAPSY Sandakan menyambut kedatangan orang ramai dan meraihkan bersama.
Pada masa yang sama, DAP juga mendapat sokongan daripada 301 kaum Melayu dari Lahad Datu menyerahkan borang kemasukan, dan diterima oleh Lim Kit Siang. Upacara kemasukan tersebut memeriahkan lagi suasana pesta tersebut.
Semasa memberikan ucapan, Stephen Wong mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Sandakan yang mengharungi cabaran bersama-sama, dan kehadiran kalian merupakan galakkan dan sokongan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP, mendorong mereka bertambah usaha untuk mencapai perubahan masa hadapan.
Wong menegaskan bahawa, kalian harus menyokong Pakatan Harapan untuk "UBAH", jika tidak masa depan negara tidak dapat dibayangkan. Kata beliau, kini ekonomi merosot, rumah terbuka Tahun Baru Cina berkurangan, wang tidak cukup dan harga barang melambung tinggi kerana kerajaan kita rasuah, menakutkan pelaburan asing, dan MO1 adalah Bapa Rasuah.
Wong berkata, pilihan raya umum bakal datang, dan banyak parti politik berkata ingin mempertahankan hak dan kepentingan orang Sabah. Pada hakikatnya, selama 50 tahun penubuhan DAP, DAP giat dan gigih memperjuang serta mempertahankan hak dan kepentingan rakyat, bukan sahaja demi Malaysia, tetapi juga untuk negeri Sabah.
Beliau menekankan bahawa, objektif DAP amat jelas, iaitu menukar kerajaan, dan semestinya berharap menjadi kerajaan yang integriti dan bertanggungjawab, jika tidak maka akan terus menjadi parti pembangkang untuk rakyat, tidak akan mengkhianati rakyat.
Beliau juga berkata akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dalam pilihan raya yang akan datang, dan mengetuai rakan-rakan DAP untuk bersaing kerusi yang berpeluang menang, diharapkan rakyat Sabah memberi sokongan penuh.
Ketua Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang semasa memberi ucapan dalam Pesta Tahun Baru Cina DAP Sandakan bertanya : Perdana Menteri berkata di Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang berbincang tentang mengembalikan hak dan kepentingan menurut Perjanjian Malaysia, bagaimana pula dengan Sabah? Sabah sepatutnya sama, dan rakyat Sabah berhak mengetahui sama ada hak dan kepentingan Sabah akan dikembalikan.
Beliau berharap rakyat Sabah menunjukkan ketidakpuas hati terhadap hak dan kepentingan yang telah hilang, dan berjuang mendapatkan hak dan kepentingan milik Sabah, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan perlu ditukar.
Pada pendapat Lim, kuasa pentadbiran Sarawak dan Sabah harus diserahkan kepada kerajaan negeri, bukannya kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan persekutuan memegang kesemua kuasa, terutamanya Menteri Wilayah Tengku Adnan, mencadangkan supaya Pulau Pinang menjadi Wilayah Persekutuan, ingin menghapuskan kerajaan negeri Pulau Pinang, adakah cadangan sebegini boleh diterima?
Lim berkata, manakala Labuan di Sabah, tahun 1980 Harris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan supaya Labuan mendapat jagaan kerajaan pusat, menjadi “Singapura kecil”, tetapi akhirnya Labuan bukan sahaja tidak dapat menjadi “Singapura kecil”, malah tidak setanding Kangar di Perlis, kini mana mungkin ingin Pulau Pinang menjadi seperti Labuan?
Lim menegaskan bahawa, perkembangan negara harus menuju ke hadapan, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus berubah bersama-sama, dan rakyat harus mengubah kerajaan negeri dan persekutuan bersama-sama, barulah negara mempunyai harapan.
Beliau berkata, terdapat khabar angin bahawa DUN Sabah akan dibubarkan lebih awal, pilihan raya dikatakan akan diadakan pada bulan April, tetapi ada yang berkata menyokong parti tempatan, jangan menyokong parti nasional, ini adalah tidak rasional.
Beliau berkata, DAP bukan sahaja parti nasional, malah juga parti tempatan, mempunyai ahli parlimen dan ADUN, dan bersedia untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain, tetapi tidak dapat kompromi untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri.
Lim berkata, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong berkuasa untuk memutuskan bertanding berapa kerusi dan calon yang bertanding, dan berkuasa penuh untuk mewakili DAP Sabah berbincang dengan parti pembangkang tempatan.
Beliau berharap, tidak kira bila pilihan raya diadakan, rakyat Sabah harus bersatu padu, memberi sokongan penuh kepada Pakatan Harapan (PR) untuk meraikan kemenangan hingga  berjaya membentuk kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh AMANAH-DAP dan PKR sebagai rakan komponen parti  Pakatan Harapan.






No comments:

Post a Comment