OLEH:
SHAIMON S JUMADI_FST
Sunday
February 2017/12
SANDAKAN:-
Pilihanraya Umum Negeri (PRU14)
semakin hampir di ambang pintu dan mungkin akan diadakan lebih awal.
Dengan
itu Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah menyediakan draf untuk mengadakan
perbincangan mengenqai pembahagian
kerusi parti komponen Pakatan Harapan
antaranya DAP-PKR- AMANAH dalam tempoh 2 minggu atau 3 minggu dari sekarang dan di jangka dalam
perbincangan tersebut akan mencapai fahaman yang jitu
Wong
berkata, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya negeri diadakan
serentak atau tidak, DAP telah bersedia untuk menghadapinya.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata sedemikian dalam sidang media yang
diadakan di Pejabat DAP Sabah, bersama dengan pemimpin DAP Sabah yang lain.
Wong
berkata, DAP akan mengadakan bengkel-bengkel kerja pilihan raya, dan menjemput
pemimpin pusat untuk membantu.
Manakala
ADUN Sri Tanjong Chan Foong Hin mencabar Ketua Menteri Datuk Musa Aman
membubarkan Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.
"Kami
telah membuat penyediaan sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin
akan diadakan berasingan."
Di
samping itu, YB Stephen Wong mengumumkan bahawa bekas Ketua Bersih Sabah Jennie
Lasimbang yang menyertai DAP baru-baru ini, telah dilantik sebagai ahli
jawatankuasa DAP Sabah dan Ketua Wanita DAP Sabah.
Majlis
Pelantikan Jawatankuasa Wanita DAP sesi baru akan diadakan pada 18 Mac.
Kata
beliau, aktiviti Wanita telah dihentikan selepas bekas Ketua Wanita DAP Sabah
Candy Wong letak jawatan, kini Jennie akan menghidupkan tugas-tugas Wanita.
Kata
Wong, DAP Sabah telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini, selain sebulat suara
meluluskan pelantikan Jennie sebagai Ketua Wanita DAP Sabah, DAP Sabah juga
menubuhkan Jabatan Tanah Adat Orang Asli, diketuai oleh Pengarah Pendidikan
Politik DAP Sabah Adrian Lasimbang, untuk membantu orang asli mengatasi masalah
rampasan tanah.
Wong
menjelaskan mengenai kerjasama dengan
parti-parti tempatan seperti Star-SAPP dan WARISAN Pakatan Harapan belum memikirkan soal
kerjasama dengan parti-parti tersebut pada PRU14 nanti ini bergantung kepada
persetujuan semua ahli Pakatan Harapan untuk memutuskan sama ada mereka mahu
kerjasama atau sebaliknya,
No comments:
Post a Comment