Sunday, 5 February 2017

FST….PM, TPM, MUSA NENEKNYA ASAL MANA? ( kenapa nenek shafie asal Sabah dipertikai?)



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
February 05/2017 Sunday

MEMANG lucu kenyataan Naib Pemuda PBS. Apakah mereka sudah kehilangan pedoman kesan ramai orang PBS sertai WARISAN atau kesan tidak lagi dapat memperlihatkan keberkesanan kepimpinan dalam BN kesan dibayangi oleh UMNO atau Musa Aman?

Memang aneh bin ajaib dan lucu sekali kenyataannya Christopher Mandut itu seolah tidak melihat asal usul Najib dan Zahid selaku PM dan timbalan PM termasuk Ketua menteri Sabah.

Cuba saja kaji nenek ketiga-tiga pemimpin berkenaan dan jelaskan kepada saya sebelum menghurai cipta cerita karut mengenai asal usul seorang Shafie Apdal.

Kita tidak usaha pertikaikan asal usul Najib Razak, Zahid Hamid termasuk Musa Aman sebab kala ia mengikut undang-undang itu bermakna tetap rakyat Malaysia sebab sebelum penubuhan Malaya dan penubuhan Malaysia buat yang tinggal di Sabah kena pilih mahu kekal jadi rakyat luar negara atau jadi Sabahan. Ini kena faham.

Tetapi kes dato nenek DS Shafie Apdal memang orang Sabah dan bukan dari luar negara, malah DS Shafie menyatakan ulang kepada saya dato neneknya seorang imam dan disemadikan di pulau Salakan bukan di Sandakan.

Sila maklum SALAKAN dan SANDAKAN dua lokasi yang beza dan ini kena fahami/elak salah dengar!

Ibu Shafie Apdal adalah adik kepada Tun Sakaran Dandai (bekas Ketua Menteri dan TYT) dan jika dituduh demikian bukankah makna terpalit mantan TYT itu sekaligus?

Kedua banyak sangat dikaitkan konon masalah PTI di Sabah masalah DS Shafie sendiri. Kenapa saja DS Shafie yang dilibatkan sedang dia sendiri bukan yang bertanggungjawab.

DS Shafie dituduh gagal selesaikan masalah PTI jelas tuduhan yang dicipta2. Nah, bukankah yang mengeluarkan IC itu di bawah Kerajaan BN juga iaitu Dibawah Kementerian Dalam Negeri dan juga berkenaan dengan Surat Lahir Sabah bukankah itu hak itu Melalui Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah? lalu siapa yang berkuasa?

RCI Sabah yang harus selesai pada December 2014 masih belum dilaksanakan walaupun sepatutnya Committee / JawatanKuasa Teknikal sudah diberi 2 tahun hingga ke hari ini untuk melaksanakan Penyelesaian PTI / IC Sabah. Apakah DS Shafie yang bertanggungjawab hal ini? kena tanya Pairin dan Musa Aman bukan DS Shafie Apdal.

Yang berkenaan harus memberikan jawaban, kenapa Nama Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah disebut termasuk timbalan Ketua Menteri Sabah Yahya Husin sebagai Operator Projeck IC Sabah dalam buku ditulis oleh Dr Chong Eng Leong dan juga bukankah nama mereka pun disebut dalam Inquiry RCI? Kenapa nama Shafie tidak disebut dalam Inquiry RCI tetapi nama yang ditulis dalam buku Dr. Chong Eng Leong disebut?

Pihak yang berkenaan kena jawab ini dan tidak usah memutar belit fakta kesan rakyat Sabah sudah sedar dan berbodong datang sertai parti WARISAN termasuk ramainya orang-orang PBS sertai WARISAN.

Kelihatannya kerajaan BN memang tergugat dan itu sebab BN kononnya berusaha mengadakan Election dalam waktu terdekat kesan tidak mampu lagi menghadapi masalah ramainya ahli-ahli BN mula sedar dan tinggalkan parti-parti dalam Barisan Nasional.

Rakyat Sabah sudah tahu menilai mana yang benar dan mana yang bohong.


No comments:

Post a Comment