Wednesday, 15 February 2017

FST…KG SINUA PENGSIANGAN DAPAT BEKALAN AIR PAIP DARI PROJEK DAP


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Wednesday Feb. 15/2017


PENGSIANGAN:-  Penduduk yang tinggal di kawasan kampung di sebelah pedalaman terus terpinggir dan hidup  menderita di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa tahun lalu hingga kesaat ini.

Rata-rata kampung di kawasan pedalaman di Sabah seperti Kampung Sinua  Pengsiangan memang sukar mendapat kemudahan asas daripada pemimpin kerajaan BN seperti  bekalan air bersih untuk kegunaan harian dan juga bekalan elektrik.

Disebabkan rakyat di kawasan pedalaman yang terus terpinggir dalam menikmati arus kemudahan asas dari kerajaan BN  oleh kerana para pemimpin BN/UMNO membuta tuli saja akan kesusahan rakyat di kawasan pedalaman  lantaran Parti Tindakan Demokratik (DAP) terpaksa mengeluarkan bajet untuk projek pemasangan paip dengan cara bergotong royong oleh komuniti setempat untuk menjayakan pelaksanaan kerja-kerja  membina paip air yang datang dari air arus  sungai berhampiran.

Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  antara lain  berkata ini saja yang kami termampu  membekalkan air bersih melalui projek Air Paip dari arah sungai semoga dengan adanya kemudahan bekalan air bersih itu para penduduk yang berhampiran dapat sama-sama merasaikan  menikmati kemudahan  asas walaupun dari hasil kerja parti pembangkang seperti DAP.

Wong berkata wang RM30.00 juta yang dikatakan di sorok dirumah Pengarah Jabatan Air Sabah  itu jika digunakan untuk pembiayaan projek bekalan air bersih kepada penduduk-penduduk pedalaman tentu berhasil lebih dari itu kerajaan negeri bukannya tidak berupaya dan lebih dari mampu tetapi kerana duit kerajaan RM30 Juta itu telah disonglap maka semua projek pemasangan paip terbantut sebab kes rasuah berlaku.



No comments:

Post a Comment