Monday 27 February 2017

FST.....WONG GESA KPDNKK-KERAJAAN JELAS RAKYAT TIADA BEKALAN MINYAK MASAK PAKET 1KG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Monday Feb 2017/27



SANDAKAN:- Ketiadaan  bekalakan minyak masak  paket 1kg subsisi dipasaran  sekarang khususnya didaerah Sandakan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt menggesakan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi penjelasan dengan terperinci  kepada rakyat jelata berhubung masalah tersebut.
Kata beliau, menteri berkenaan  dan pegawai kerajaan BN berjanji kepada rakyat, akan membekalkan minyak masak yang mencukupi untuk dibeli oleh rakyat miskin, tetapi nampaknya hanya bercakap kosong sahaja.
Setelah menerima aduan daripada rakyat, Wong meninjau ke pasaraya dan mendapati seluruh Sandakan kehabisan minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan.
Wong berkata, semasa kerajaan mengumumkan pembatalan subsidi minyak masak pada 1 November tahun lepas (2016), telah menjamin bahawa minyak masak paket 1kg yang bersubsidi mencukupi di pasaran, tetapi kini di mana bekalan minyak?
Beliau berkata, disebabkan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan, rakyat yang miskin terpaksa membeli minyak masak yang tidak bersubsidi, menambahkan beban mereka, menyebabkan kehidupan rakyat bertambah susah.
Wong mendedahkan bahawa, menurut maklumat yang diperoleh, minyak masak paket 1kg subsidi kerajaan kehabisan stok di pasaran, adalah berpunca daripada kerajaan. Pembekal tidak lagi membekalkan minyak masak paket 1kg bersubsidi, sebab tidak mendapat keuntungan selain subsidi kerajaan. Kerajaan hanya mengarahkan pembekal membekalkan minyak masak, tetapi lambat membayar subsidi kepada pembekal, oleh itu pembekal terpaksa berhenti membekalkan minyak masak bersubsidi.
Wong menghentam kerajaan membatalkan subsidi minyak masak, dan kini minyak masak paket 1kg yang kekal bersubsidi juga kehabisan stok, apa yang kerajaan BN sedang buat?
Kata Wong, di bawah pentadbiran BN, tiada barang yang tidak naik harga, selepas pembatalan subsidi minyak masak, harga minyak masak naik dengan segera, dan dikatakan harga beras akan naik bermula bulan depan.
Wong juga tidak berpuas hati dengan wakil rakyat BN kerana tidak membantu untuk menyuarakan masalah berkenaan, menghampakan rakyat. Harga barang melambung tinggi menjejaskan peniaga dan rakyat, terutamanya peniaga, GST telah dibayar tetapi rebat masih belum kelihatan, menyebabkan ramai peniaga tidak dapat bertahan dan terpaksa gulung tikar.
Kata beliau, kerajaan BN harus memahami kesukaran rakyat, menteri-menteri dan pegawai tinggi semuanya bergaji tinggi, rakyat jelata pula yang sengsara.
Wong berkata akan bertemu dengan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kawasan Sandakan pada 27 Feb, untuk mendalami punca kehabisan stok minyak masak paket 1kg bersubsidi.
Selain itu, Wong juga akan mengemukakan masalah tersebut dalam persidangan Parlimen yang bakal diadakan pada 6 Mac ini
Top of Form
Like
Love
Sad
Angry

No comments:

Post a Comment