Written by Admin
Monday April 21.2014
OLEH: AZMI AZMAN
Sama juga peranan Wanita, Pemuda dan Puteri
ia menjurus kearah merealisasikan kemantapan perjuangan UMNO khususnya untuk
berdepan dengan musuh-musuh parti lawan yang sentiasa ingin menggugat dan
memecahbelahkan perpaduan yang sentiasa terjalin.
Kalau kita tidak mempunyai keyakinan dan jati
diri yang jitu lantaran kita muda
terpisung dengan propaganda pihak pembangkang
yang cukup licik untuk menambah hati seseorang, lebih-lebih lagi kalau
mereka tahu bahawa kita mempunyai krisis dalaman yang kini belum selesai.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini
Sulong berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan cawangan Wanita UMNO Kg Batu
2 yang diadakan dikediaman Ketua Bahagian UMNO Jalan Pantai Chi Wah kelmarin.

“Kalau kita sayangkan UMNO marilah kita
sama-sama berganding bahu tanamkan semangat setia kawan dalam menetajui
kepimpinan UMNO agar segala asparidan dan inspirasi Wanita UMNO sebagai tulang
belakang kepada perjuangan UMNO Bahagian dapat dilihat seterusnya deapat
mencapai sasaran kita seperti yang kita mahukan.....Hidup Wanita UMNO” tegas
Noraini.

Katanya lagi jika wujudnya kumpulan 1 dan
kumpulan 2 dalam Wanita UMNO ini akan menggagalkan segala
perancangan yang telah disusun rapi untuk membantu kaum wanita bukan
saja kepada ahli-ahli UMNO sendiri tetapi wanita-wanita penyokong UMNO atas
pagar.
“Tetapi syukur Al Hamdulillah Mesyuarat cawangan
Wanita UMNO Kg Batu 2 yang diadakan pada
hari ini menampakan mereka terus bersatu di dalam UMNO Sandakan kerana ramai
wanita yang hadir sama pada Mesyuarat ini syabas saya ucapkan semangat sebegini
yang kita mahukan demi UMNO, demi bangsa” tambahnya.
No comments:
Post a Comment