Thursday, 17 April 2014

NAZMAHWATI TANDING JAWATAN KETUA CABANG PKR SEMPORNA DITENTANG 5 PENJURU



Written by Admin
Thurday April 17.2014


SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN FST
SAIMON S JUMADI




TINDAKAN dan keputusan yang diambil oleh mantan Ketua Srikandi PKR Cabang Semporna itu Nazmahwati Walli yang menawarkan dirinya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Cabang  PKR Semporna bukan saja tidak layak bahkan memang  kena pada tempat dan masanya.



Perlu dijelaskan sebelum ini Nazmah sudah banyak  berkorban untuk PKR semporna  bukan saja dari segi tenaganya bahkah wang ringgitnya juga turut terkorban sama.



Walaupun Nazmah pada mulanya berhasrat hendak jadi calon pada PRU 13 lalu di kawasan  parlimen Semporna namun hasratnya tidak tercapai  namun  begitu Nazmah tidak patah semangat sebagai seorang ahli PKR Semporna dan juga sebagai pengasas kemasukan PKR ke daerah itu Nazmah tetap bersama PKR ini telah membuktikan kesetiannya kepada PKR berjuang bukan untuk mahu jadi calon saja ini harus dihargai oleh pucuk pimpinan atasan PKR pusat.



Ahli-ahli PKR Semporna harus bijak  menilai diri seseorang itu untuk bakal menerajui kepimpinan PKR Semporna untuk satu dekad mereka haruslah melihat sejauh mana keikhlasan  mereka menyertai PKR ada sesetengah ahli PKR berjuang hanya fokus kepada calon lain niat tiada nak jadi calon tak dapat jadi calon merajuk ini bukan sifat seorang pejuang dalam arena politik.



Dalam sesi temubual  antara saya dengan Nazmah melalui telefon  pagi tadi (17-April 2014)  beliau  menjelaskan hasratnya untuk bertanding calon Ketua Cabang PKR Semporna  yang bakal berhadapan lima (5)  penjuru untuk kepimpinan cabang Semporna untuk Jawatan Calon Ketua Cabang dalam pemilihan parti sesi 2014/2017 PKR Semporna. Calon-calon Ketua Cabang Semporna adalah : Tahir Ariffin (mantan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Majid Sangkula (mantan bendahari cabang semporna), Amin Abd. Mim (mantan calon dun N53 senallang PRU13), Nazmahwati Walli, Datu Pangeran Ahmad (naib cabang sempona).



Katanya pendorong Utama Bertanding sebagai Calon Ketua Cabang Semporna 2014-2017 adalahatas  dorongan utama daripada mantan Ketua Cabang Semporna Sesi 2010-2013 iaitu Sdr.Lokman@Look Bin Ureh dan Ketua Wanita Pusat Malaysia YB.Hjh. Zuraida Kamaruddin (Calon No.2 Ketua Wanita Pusat PKR-Malaysia) Sesi 2014/2017 serta ibu bapa, suami, rakan dan keluarga tercinta.



Wanita Muda Pertama Semporna...Pencetus Perubahan…Menuju Masa Depan Bersama Memimpin Reformasi berteraskan politik nilai dan Demi Rakyat. "Jatidiri Penggerak Perubahan



Sebelum ini Nazmah pernah memegang beberapa jawatan dalamn PKR antaranya Jawatan Terdahulu Parti Sesi 2010 hingga 2013:

-Exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP),

-Timbalan Ketua Srikandi Negeri Sabah,

-Setiausaha Cabang Semporna,

-Ketua Srikandi Cabang Semporna.



Beliau bersera kepada ahli-ahli khususnya perwakilan untuk memilih Ketua Cabang  PKR Semporna  2014 tarikh pengundian ialah pada 3 dan 4 Mei 2014/2017  ia sebagai penentu segala-galanya








No comments:

Post a Comment