Saturday 5 April 2014

MASALAH AIR BERTAKONG TAMAN POH HING SUDAH SELESAI JELAS.....AMSI LIEW

Written by Admin
Saturday April 05-2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN:-  Sebanyak 31 buah rumah setinggan haram di batu 0.5 Jalan Utara dekat sini telah diroboh oleh  Penguatkuasa Majlis Perbandaran  Sandakan (MPS) dua hari lalu.

Free Sandakan Today.com telah dimaklumkan oleh pihak MPS 13  buah rumah yang diroboh itu dimiliki oleh Pendatang Asing Tanpa Izin selama lebih 10 tahun.

Menurut pihak MPS mereka mendirikan rumah-rumah secara haram  diatas tanah milik persendirian.
 
Sementara  rumah-rumah yang lainnya yang diduduki oleh rakyat tempatan tidak diroboh dan akan diberi tempoh  sehingga pihak kerajaan menyediakan rumah-rumah atau tempat tinggal baru untuk penduduk rakyat tempatan.

Sehubungan itu Pegawai Khas daripada Pejabat Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Zubaidah  Datu Tahil yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong sempat membuat lawatan kepada mangsa roboh dan minta mereka yang tertbabit supaya bersabar.

Kata  Liew lagi berhubung dengan kedudukan rumah-rumah kepunyaan rakyat tempatan yang bakal diroboh juga dalam masa terdekat ini  Ahli Parlimen Sandakan akan menemui Presiden Majlis Perbandaran Sandakan untuk membincangkan masalah berkenaan.

Dalam perkembangan lain mengenai masalah  saliran parit yang tersumbat di kawasan Taman Perumahan Poh Hing Jalan Batu Sapi yang menjadi kontraversi di kalangan penduduk setempat sudahpun selesai dimana pihak MPS telah menyenggelarakannya.

Dalam pada itu dua  orang Pegawai Khas Pejabat Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Z Datu Tahil juga telah mengadakan lawatan ke Poh Hing untuk menyaksikan sendiri pihak MPS melakukan kerja-kerja penyenggelaraan tersebut.

Sehubungan ini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pembina Kekal Mewah kerana amat menghargai kerjasama dalam menyelesaikan tersebut dengan cekap dan pantas.

Kata Amsi Ahli Parlimen itu   akan membawa isu ini kepada jabatan yang berkenaan berhubung masalah ini dan menentukan kontraktor baru agar dapat   agar dapat menyelesaikan ataupun membina saliran perparitan yang sempurna  dari segi sistem penyelenggaraan  yang lebih iffesien.


No comments:

Post a Comment