Wednesday, 9 April 2014

JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH BANYAK MELAKUKAN PENYELEWENGAN DAN MENGGAJI PATI DI GUA GOMANTONG

Written by Admin
Wednesday April 09. 2014-04-09

OLEH: AZMI AZMAN

KINABATANGAN:- Pengerusi Pewaris  Lima Gabungan Gua Gomantong Asbal Asik (gambar) mendedahkan beberapa penyewengan yang berlaku di Gua Gomantung yang diurus tadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di bawah kawalan pengarahnya  Datuk Lawrentius Ambu.

Pertama dari segi pemberian lot-lot kebanyakkannya di berikan kepada orang luar khusus dari Sarawak disamping itu mereka yang telah diberikan lot-lot telah menggaji 90 peratus pekerjanya yang tukang mengutip sarang-sarang burung di gua berkenaan adalah  terdiri daripada orang  asing (PATI) dari Filipina  mejoriti bangsa Kegayan yang langsung tidak mempunyai dokumen yang sah.

Tetapi dalam rekod atau daftar pekerja mereka gunakan nama dan senarai orang-orang kampung khususnya bangsa Sungai ini satu perbuatan penipuan kepada kerajaan khususnya Jabatan Tenaga Buruh kerana memalsukan nama-nama pekerja sebenar” dedah Asbal. 

Yang kedua kata Asbal pihak Jabatan Hidupan Liar dalam memberikan tender terbuka hanya kepada kroni-kroninya sahaja sedangkan orang Sungai penduduk asli Kinabatangan langsung tidak diberi peluang untuk mendapatkan lot-lot di gua yang disebutkan itu.

“Saya masih lagi ingat semasa kempen Pilihanraya Umum 2008 (PRU ke 12) di mana kerajaan Barisan Nasional (BN)  telah menjajikan bahawa kerajaan akan mengembalikan gua Gomantung itu kepada para pewaris khusnya bangsa sungai tetapi nampaknya janji-janji para pemimpin BN  semuanya palsu belaka sehingga ke hari ini hanya orang-orang luar yang ada  kepentingan telah diberikan keistimewaan  untuk memonopoli sarang-sarang burung” ujarnya.

“Saya juga amat kecewa di Negeri Sabah telah mempunyai lapan (8) orang bangsa Sungai yang telah menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Sabah tetapi walaupun mereka tahu hak asasi bangsa Sungai telah dicabuli  oleh orang-orang luar yang tiada kena-mengena dalam  sejarah khususnya Gua Gomantung mereka langsung tidak memperdulikan sepatutnya mereka berani menyuarakan  demi kepentingan  hak-hak bangsa Sungai” tegas Asbal.

Asbal juga meminta kerajaan khususnya Jabatan Hidupan Liar agar mengembalikan jadual 1 bagi penuaian sarang-sarang burung berkenaan ini untuk membolehkan para pewaris  dapat bersama-sama dengan yang lain mengutip di satu masa-masa tertentu.

Berhubnung dengan syarikat yang mendapat lot-lot di gua berkenaan dan menggaji orang-orang  bekerja untuk mengutip sarang-sarang burung yang tidak mempunyai dokumen saya minta Jabatan Tenaga

Buruh dan Jabatan Imigeresen membuat serbuan mengejut ke lokosi berkenaan untuk mengambil tindakan kerana syarikat berkenaan yang dilindungi oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah jelas telah menyalahi dan melanggar akta dan undang-undang buruh dan undang-undang Imigeresen.

“Saya akan membuat laporan kes ini kepada Jabatan Tenaga Buruh dan Jabatan Imigeresen  sekiranya kedua-kedua agensi kerajaan ini gagal bertindak untuk mengambil sebarang tindakan saya tiada pilihan lain melainkan saya pergi ke Puterajaya untuk bersemuka kepada Ketua Pengarah Jabatan  Tenaga Buruh Malaysia dan juga bertemu dengan Ketua Pengarah Imigeresen Malaysia dan menyatakan bahawa kedua-dua jabatan tersebut juga telah bersekongkol dengan Jabatan Hidupan Liar kerana mereka sudah disogok oleh syarikat-syarikat tertentu yang terlibat menggaji orang asing” amaran Asbal



No comments:

Post a Comment